Followers

Sunday, December 30, 2007

::Dah Sebulan::

Mak ayah telefon baru ni. Alhamdulillah diorang telah selesai melaksanakan semua rukun haji. Ayah sampai berita yang diorang akan kembali ke tanahair lewat dari tarikh yang sepatutnya. Dari 11hb Jan postponed ke 23hb Jan 2008. Diorang nak stay lama lagi kat sana. Sayang nak meninggalkan Kota Mekah. Takpe, kami anak2 paham.

My dear big boss pun dah nak balik ni. Aduhai susah hati coz byk tugasan yg ditinggalkan sebelum berangkat masih lagi tak setel. Harap aku berpeluang siapkan apa yg patut. Gambate!

Tuesday, December 25, 2007

::Tanah Suci Makkah::



Alhamdulillah, mak ayah aku dah selamat sampai ke Masjidilharam pada 1hb Dis 2007 pukul 8.20pg waktu M'sia. Semoga mereka tenang menjalani ibadah haji di sana.

Seminggu lepas mereka berangkat Hasya dah start demam. Rindu agaknya ngan diorang. Cuak jugak la coz dekat 2 minggu dia demam panas. Siap ngan batuk& selsema. Dah baik demam, baru la dia nak start aktif balik. Kalau sebelum demam dia dah boleh tatih sikit2, ni mcm baru nak start blajar balik. Lama sgt tak jalan2..sian tgk dia. Alhamdulillah selera makan dia makin bertambah.

Bukan takat my baby je demam, boleh dikatakan seisi rumah ni ha demam. Susah jugak sebenarnya nak handle. Alhamdulillah adik2 semua bagi sokongan.

InsyaAllah diorang balik 11hb Jan 2008. Aku sentiasa doakan yang terbaik dan mak ayah akan memperolehi Haji Mabrur. Amiin.......

Saturday, November 10, 2007

::Cuti ke?::



This week cuti lagi hari Khamis for Deepavali. Best kan 3 hari la dapat cuti. oooppssss ye ke? Sabtu 10 Nov ada plk One Day Motivation Course for all staffs. Aduhai baru je nak merelaxkan diri ngan family. Tapi bagus jugak kursus tu ada yang menyedarkan aku. Realize how important untuk tanamkan sesuatu dimulakan dengan niat & yakin yang kita boleh buat. Nanti la citer pengisian kursus tu.


Hari Jumaat, 9 Nov 2007 (hepi b'day dear friend i.da) lepas Asar bawak Hasya jalan2 ke Lembah Bidong dengan harapan blh tgk kuda kat Kejohanan Sultan's Cup. Rupanya terawal la plk sebab YDP Agong akan rasmi kejohanan tu jam 9 mlm. Tak kan nak tunggu, dah la hujan bawak la anak kecik. Sempat jumpa staff opis lama, sembang2 dan kitorang bertolak balik sebelum maghrib. Takpe la Sya, len kali kita jalan2 tengok kuda ye sayang.


Next week makin bz sbb ada student yg akan sit for final exam. Byk preparation kene buat ditambah dengan workload yang hari2 bertambah. Semoga Allah permudahkan segala urusan, amiin.

Sunday, November 04, 2007

::Rumah Terbuka Opis::

Lepas cuti raya seminggu, opis dah bz dengan painting all those rooms and stairs around the office. Paling tak ngam bilik staff la kan, orange&light blue??!!! so bored, and guess what..bertampung sana sini just becoz nak jimat kos on buying another tin of paint. Kemut seeeehhhh. Takpe la, duit dia kan. Sib baik la cover ngan rak fail, whiteboard so takde la kelihatan sangat. Dah satu hal kan, bila dah ngecat ni semua barang dah berterabur ngan keliling penuh ngan sampah. Serabut tu. The whole week keje mcm cleaner, vacuum tu mmg fully utilized (ooppsss rasa mcm pernah dgr ayat ni kan?). Takpe la, janji semuanya siap kemas.

On 01/11/2007 plk ada satu sambutan Rumah Terbuka Show*e sempena Syawal. Penat kemas opis blm ilang dah sambung utk majlis tu. Letih jugak sebenarnya nak handle majlis mcm ni. Of course yang paling risau adalah AJK Makanan and it's me! Susah hati dengan expectation yg big boss jangka. Dengan jemputan dia yg agak last minute and he expected everything goes well. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun byk yang lebih. Siap blh tapau untuk jiran sekitar opis and bagi dkt student2 bawak balik.

Start pukul 9.30pg and ends around 5.30pm. Kemas2 sikit je sbb the next morning nak datang opis balik mengemas. Oklah, letih dah citer sebab terbayang2 lagi penatnya ngangkut semua makanan, pinggan, makan hehehehe. till then, take care!

Thursday, October 25, 2007

::Salam Aidilfitri 1427H::

Raya tahun ni lebih meiah dengan kehadiran my dear Hasya. Byk jugak belanja untuk pakaian dia. Aku tak kisah sgt...anak baru sorang pun nak berkira ye. Alhamdulillah rezeki tahun ni membolehkan aku prepare semuanya walaupun dalam penuh kesederhanaan.

Pagi raya kat Gong Kapas, petang baru balik Beladau Kolam. Syok tengok sepupu2 dah ada anak..Hasya plk, seminggu sebelum raya dah start bertatih. Sibuk la dia bila tengok geng2 sebaya dik main. Eh dia pun sibuk nak berdiri nak jalan sama2. Excited btol dia.

Raya kedua macam biasa je, menjelajah lagi ke rumah sedara mara. Kali ni cik abang tak ikut sama sebab dia bz masak untuk tempahan. Hasya asyik penuhkan beg umi ngan sampul duit raya. Yang tak best ni, bila dapat je kat tangan dia sekelip mata dah masuk mulut. Memang kebanyakan baby camtu kot, tambah2 dengan gigi yang dah banyak. Sehari suntuk jalan sampai letih2 dia, ngantuk pun ditahannya.

Kawan2 pun ramai yang datang beraya ngan family masing2. Lamanya dah tinggalkan zaman sekolah kan? Rindu gak kekadang tu nak jalan2 ziarah beramai2, berkonvoi keliling KTrg ni. Umur tak selalunya kekal di situ, makin meningkat dan makin jauh meninggalkan kita.

Tahniah buat my dear Sis Ziana on her wedding day 22/10. Rugi sebab aku tak bawak kamera untuk merakamkan detik bersejarah tu. GG pun aku sempat calling2&tgk keter dia je, lagipun aku sampai dah lewat sgt. Ngan Kak Ani pun tak sempat jumpa. Panjang umur len kali la kita jumpa ye.

Salam raya dari aku sekeluarga, mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang aku lakukan.I nsyaAllah, dengan kehendakNya sama2 kita doakan supaya kita akan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan menyambut Syawal.

Sunday, September 16, 2007

:: Salam Ramadhan ::



Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua blogger muslimin dan muslimat.

Wednesday, September 05, 2007

::Alhamdulillah, i'm 29::


Bismillahhirrahmannirrahim ..........

Ya Allah, Ya Tuhan Ku,

Aku sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk ku pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada diriku selama ini dan kurniakan kelazatan untuk ku dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan.

Ya Allah Ya Tuhan Ku,

Aku memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..

Thursday, July 26, 2007

:: Hasya is learning to crawl ::



My dear baby nearly 6 months old. Dah start nak merangkak and try to stand on her knees. Cute btol la :)

Wednesday, July 04, 2007


My dear Hasya is 5 months old.

Tuesday, July 03, 2007


Happy 32th Birthday My Dear. Love you so much!!

Sunday, April 29, 2007

Monday, April 02, 2007

::Frontier SUT::

Hehehehe ape kena plk post kali ni ye? Frontier? SUT? Ekceli my dear hubby bought this new vehicle last week. Alhamdulillah proses pembelian berjalan lancar. Dah lama dia idamkan kenderaan jenis ni. Mula dengan STORM, tapi masa tu ada tuntutan lain yg lebih penting. So tangguhkan dulu.

Then dia gi usha Ranger, pun tak jadi jugak. Entah la pasal ape plk. Agaknya hati kuat pada storm jugak. Baru2 ni dia ada citer pasal Triton tapi ada yg dia tak berkenan plk. Then peluang utk pick up ni pun tiba. Salesman tu kata blh terima kalo nk tolak van lama dia. So apalaga, trus la cita2 yg terkubur tu diteruskan.

Akhirnya this new Frontier SUT ni tercongok la depan umah. Terasa mcm kecik plk bila naik Frontier ni. Tapi no plet tak dpt plk yg diidamkan. Kalo nk yg cantik mau JPJ caj 200+. Rugi2.....so ikut je la running number yg ada kat JPJ skang ni, TAN 7**2.

So far, takde lagi la perasaan utk aku test drive. Risau la besor sgt2, susah ni mau bajet depan belakang kiri kanan. Kang ada yg sengih2 tengok aku drive. Even masa drive Pajero ayah pun sumer duk pandang2, inikan plk yg ni.

Tengok la, kene kumpul kekuatan dulu. Oklah, nnt dah berjaya test drive i'll tell u la the story :)
Till then, take care!

Sunday, April 01, 2007

::New Month New Job::



Alhamdulillah hari ni aku dah memulakan tugas baru as a Fasilitator kat salah sebuah kolej kemahiran di bandar K.Trg. Of coz la aku teruja sebab dah lama rasanya nak masuk bidang ajar mengajar ni. Kat kolej ni diorang tawarkan program Sijil Kemahiran yang dulunya dikenali sebagai Sijil MLVK dan Diploma.

First day blm tahu nak buat ape lagi coz person incharged is on leave. Tengok jadual macam hari2 i have a class. Jam mengajar for a week dalam 18hrs. Erk rasanya paling byk ni. Takpe, tugas tu eda. Jalankan aje!

Pagi tadi tengah nak siap2 Hasya bangun ngek2 mau susu. Kasik dia minum dulu baru aku gi keje. Sedih plk bila tengok dia walaupun time aku cium dia duk sengih2. Kenyang perut suka hati la tu heheheeh. Jap gi lunch hour, mau balik la jenguk my dear. Hubby sms wish me luck for this new job. InsyaAllah i work hard bang.

Doakan aku ye kengkawan semoga tabah menempuh pelbagai pe'el student2 kat sini. Till then, take care!

Friday, March 23, 2007

::Rejeki::

Alhamdulillah, aku masih lagi direstuiNya untuk bernafas di muka bumi ni.

Hari Selasa lepas aku dipanggil utk menghadiri satu interbiu kat kolek kemahiran. Nak pergi ke idak ni ye? Diskusi ngan hubby sikit sebanyak, trus decide i need to try this one. Kalo ikutkan hati terasa masih ingin bersama 'geng kuda' tu. Ada rasa kesian dekat salah sorg kakak kt situ, tak kurang juga rasa bersalah sebab aku ni kan masih lagi bercuti 4 pantang. Cuti bergaji, then kalo dpt keje tu nk hantar surat resign. Terasa kijamnya guwe!

Lepas mempertimbangkan byk perkara, aku rasa nk gi interview tu. Sembang2 ngan 2 staffs kat situ diorang mmg nak amik keje menggantikan staff yang brenti mengejut. Alhamdulillah, rejeki baby ni.

2 hari lepas tu aku dah dapat service agreement. Start keje on 1st of April 2007. Tak lama dah tu kan? Aduhai kene tinggalkan Hasya kat umah. Mampu ke bertahan? Risau takut dia tak berapa mau hisap susu botol. Nnt la nak suntik semangat dekat dia. InsyaAllah ok la nnt.

Kene susun acara idup ni semula la. Cuti dah hampir 2 bulan, semua nak kene tune balik. Oklah ye, mau sambung baca agreement. Till then, take care!

Thursday, March 22, 2007

::Aku kena TAG lagi::

Salam sejahtera buat semua. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Last month, hehehehe lama dah tu kan? Aku dengan tak rasminya telah di'tag' oleh zampeada. Cesh, tak semena2 ketika berpantang aku kene tag. Tapi aku tak kisah sgt sebab kalo tak silap aku pun pernah jugak tag dia.

Tag kali ni pasal 6 perkara pelik tentang diri sendiri. So, here goes mine:
  1. Kalo makan burger aku akan makan slice by slice starting ngan roti and of coz daging burger tu la yg akan kendian sekali terjun ke tekak ku.
  2. Kalo terlalu sakit hati, mau meleleh ayaq mata ni.
  3. Aku boleh jln2 satu hari just for window shopping je.
  4. Kat hostel dulu aku selalu je dpt title loker paling kemas sampaikan loker org lain pun aku blh tolong kemaskan :P
  5. Ada org cakap tangan aku ni mcm 'tangan sambung'...ye ke buha?
  6. Aku suka tengok org kidal buat keje, tak kisah la menulis ke main alat muzik ke masak ke?
Pelik ke? Macam biasa je, nothing weird. Aku dengan baik hatinya takmo tag sesape dah. Till then, take care!

Tuesday, March 13, 2007

::Sekalung Tahniah::

Before i wish all my good friends, nak inform hari ni Hasya dah 38 hari. Ada byk hari lagi Ummi kene pantang ni. Ekceli dah start makan macam2 dah, tp not too much. Just rasa2 je la. Ais of coz forbidden. Kekadang bancuh air sirap or sunquick sejuk utk dear hubby, buat2 la rasa skit. Oopppssss kalo mak tahu ni leter sehari la nmpknya. Nana, ssssyyyyyy.

Ok back to the topic. Firstly, congrats to Buha for her MScIT convocation last 2 days. Sorry aku tak dapat nk share those hepi moments with u. Hanya mampu wish dari kejauhan saje. Finally, ur dream comes true Buha! InsyaAllah dengan berjayanya kita kali ni dapat mengubah hala tuju masing2.

For newly wed are-c-iah & abg zahir. Semoga korang dirahmatiNya dan sentiasa berbahagia. Cepat2 la join d club cikyah!

To Maya for her new born baby girl. Syafiqah Diana ke? Petang semalam dia selamat deliver normally a baby girl yang beratnya 3.3kg. Kus semangat, sihat btol. Ramai la geng Hasya tahun ni.

Aduh, tak lama lagi dah nak masuk keje. Cemana la nak tinggal Hasya ni. Boleh kot dia bawak diri. Heheheheeh bukan tak biasa, rumah Ki ngan Wan dia jugak nnt aku tinggal time keje. Nak kene pikir2 mau kasik susu tepung ape plk kt dia. Kalo ikut ati mau fully breastfeed, ntah la. Byk la alasan ko eda! Tengok la cam mana. Till then, take care!

Friday, February 09, 2007

::New born baby girl::


Alhamdulillah, hari Sabtu 3 Feb. 2007 bersamaan 15 Muharram 1428H aku selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 2.87kg. Tepat pukul 6.53 pagi, Nur Hasya selamat lahir di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Ummi ngan baby sihat walafiat.

2 3 hari ni Hasya duk ulang alik ke klinik utk check jaundice. Mulanya agak tinggi, ye la awal2 balik rumah tak dapat nak susukan dia lagi. Susu blm banyak produce. Tapi skang alhamdulillah dah ok.

Thanks pada semua yang mendoakan aku ngan baby selamat. For those yang sms ucap tahniah, tima kasih. Sori ye tak dapat nak citer panjang, penat lagi la. Nak duduk pun lenguh belakang ni. My fotopages dah update ngan gambar Hasya. Sila-sila la melawat ye http://edaleeja.fotopages.com

Tuesday, January 30, 2007

::Not Yet::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua..

Alhamdulillah, aku masih lagi sihat walafiat. Of course la makin dup dap je ni. Nak mintak maaf la ngan semua kalau ada salah dan silap sama ada sedar dan tak sedar. Aku hanya insan biasa, kadang2 tersasar melukakan hati orang. So sorry dear friends. mohon halalkan semua makan minum aku ye. Harap korang semua dapat mendoakan aku ngan baby. Till then, take care!

Tuesday, January 16, 2007

::Rindu padanya::



Tadi browse PC kat opis ni, terpandang satu gambar yang btol2 mencuit kotak kenangan aku. It looks a lot like my AKI. Aduh rindunya dekat kucing besor aku tu. Ilang dah hampir 2 tahun ni, ntah idup ke idak.






Ketentuan Allah yang aku hanya mampu membela dia buat sementara waktu. Aku redha, jika dia masih idup semoga dia dipelihara dengan baik oleh orang lain.

Sunday, January 14, 2007

::first Entry for new Year::

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni..

A little bit late for my first entry for year 2007. Takpe la kan. Hope semua sihat dan dalam keadaan yang aman bahagia menyambut kedatangan tahun baru. Tak lama lagi pun kita akan menyambut tahun baru 1428Hijrah. Jgn lupa ye kawan2, doa akhir tahun dan doa awal tahun. Sama-samalah kita berdoa dan mensyukuri segala nikmat Allah kurniakan pada kita.

Aku masih lagi berkerja, blm cuti lagi. Rasanya sampai masa nanti cuti la kot. Ape pun congrats to my dear friend I.da for her new born baby boy, Emir Faiq. InsyaAllah saya akan menyusul nanti hehehehehe.

Tengok planner opis utk 2007 a bit pack with lots of event and trial-run. As for me, just bz buat2 surat je la. Takde la nak kene ke TIEP jalankan tugas. Ngadap pc kat opis je la nampak gayanya.

oklah ye, ada lagi benda nak kene buat. faxes, letters, handouts...errrgghhh penat gak pikir. jaga diri ye semua, have a wonderful day!