Followers

Saturday, August 13, 2011

::Mohon diberikan rezeki tatkala kesempitan::

"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6


Boleh baca dgn lebih lanjut kat sini, gambar cari dgn en. google

Friday, August 05, 2011

::Mari la pindah::

Hari ni tak keje..so ok jugak kalau blh pindah2 kan sikit barang ke "rumah baru kita kat jauh" (syifaa, 2011). rumah yang aku pernah citer sblm ni

Abi mcm letih sgt, sian la plk..takpe bang, kita angkat mana yg blh dulu...ni dlm stor ada brg tak pakai. blh la bawak dulu kan?

sempat 1 trip aje..nak tau apesal? dh sampai umah baru, aku kan berbulu skit mata kalo nengok sepah2 ni..rajin la plk kan, trus ngemas. sudah nya terjelir aku dahaga, letih tu!

anak dara 2 org ni plk...umi nak air...aduh, tercabar jgk kalo dlm keadaan skang ni...hehehehe sabar2, ampun ye abi..sian dh letih sgt

Wednesday, August 03, 2011

::Ronda2:

Hari ke-3 pose, alhamdulillah..dah makin ok skit..ko ngalahkan budak baru blajo pose...heheheh biasa la

Kalau dh menghala ke ptg ni mula la kan...ish tak produktif langsung kan? aku pon mula la 'mengulor'...hehehe masuk blog sini..masuk blog situ..baca cerita korang, byk ek idea..sampai ko blh post 2 3 entri sehari. bagus...bagus

Satu blog yg aku masuk ni mmg kawan lama...my bespren gitu...hahaha boleh? ada entri yg besh, imbau kenangan lama zaman skolah2 dulu... aduhai...mau layan jiwa2 kacau la kejap...hahahahhaa

Tuesday, August 02, 2011

::Kucing itu::

Dah lama jugak la tak membela kucing sejak Aki ilang ntah ke mana..then ada sekor yg nama memey..ooppss kucing aku mcm artis tau..then yg tu pon menghilang..

Skarang ni ada plk 2 ekor kat umah mak aku..nama kucing tu..adik2 aku yg supply kan...kami anak branak ngikut je panggil nama 2 ekor kucing ni...

dapat kat anak2 aku plk... yg sekor ni kakak buh nama "suki zaiga", ntah dari mana plk dia dpt. dik faa plk namakan "suki nurhaliza "... alamak Mak Iti makan hati kalo dengar ni hehehehe... suki suka jilat2 org..stok manja la konon..

sekor lagi mmg digemari namanya oleh semua... "Acicot cabana" ishhh umi pon tak tau eja camaner la..tp kalo ikut pronounce tu cenggitu la...ala2 copa cabana. yg ni plk suka nak suh belai2, garu2 kat kepala..

tp kalau kucing2 ni dh start terlebih gula...habis satu rumah depa ni pusing... tetiba aku jd rindu dkt aki

Monday, August 01, 2011

::beautiful word::


tup tap tup tap dh masuk bulan ogos kan? cepatnya masa berlalu.. pepagi online dapat this sweet and beautiful word shared by my teacher..Belinda Liew...

Mrs Liew, saya mau share ye ngan org lain..hehehe

Love is a unique form of energy...the more you receive...the more you should let it flow...who knows, the intense flow may be enough to light up the whole city!

Sunday, July 31, 2011

::Salam Ramadhan 2011::

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga kita sentiasa dilindungiNya dan dirahmatiNya agar dapat menunaikan ibadah dengan baik..Amiin. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, halalkan makan minum..

Wednesday, July 27, 2011

::Bowling Tertutup?::

Benda ni memang aku suka main..sejak diperkenalkan masa study di UUM. Thanks guys, esp yg mendedahkan aku ngan game ni Cas ainee, Hana, Tasha.


sempat jugak aku wakil uum utk main..apekan daya aku hanya duk ranking no.4 utk single. frust kan? lagi frust beza just 2 pin..

baru2 ni opis ku anjurkan bowling tertutup..uissshh mmg teringin btol nk main..last game main masa layan kak hasya bosan2 duk rumah. itu pon 1 game aje..

Johan Kumpulan ("Fuyyoo" ...korang mmg best) & Jatuhan pin terbanyak.. hehhehehehehehe i like! 3 hamper ku bawak balik..sonok anak2 layan umi bukak hamper..ooo 1 lg hamper penyertaan, sumer staff dpt.

layanzzz je sebenarnya...lepaskan gian nk dpt hadiah..eniway, mmg fun btol. Al-maklum lunch hari tu pon company bayor kan...pahtu main bowling plk..release seround!

Monday, June 27, 2011

::Van ke Bas ni?::

Korang baca tajuk post ni pon dh bleh agak mau citer ape kan...

early April 2011, my dear hubby decided nk beli Urvan....so here goes the story mory of this van..ni gambar aku copy dari Nissan nye website..tq


Mcm biasa, Abi akan jemput anak2 ku balik dari Taska & Tadika..one day, anak sedara ku balik sama2..sampai je kat umah, adik aku tanya la anak dia ni

"Akim balik ngan sape?".."Abi", jawab dia
"Naik ape?"....korang tau ape jawabnya...





"Akim naik BAS" boleh plk gitu kan?...

Abi sengih je la, tak kan nak terasa hati ngan budak 2 thn setengah kan? heheheheh sabar ye abi...

Thursday, June 23, 2011

::Rumah Kita::

Alhamdulillah....Yahooooo!! Akhirnya loan dh lulus, payment kat lawyer pon dh setel. Part yg tak berapa nk menjadi halwa telinga bila dpt tahu saiz tanah tu beza dgn apa yg dibagitau dek penjual rumah a.k.a developer ku... mana buleh hang buat kami lagu tu...tipu ye...tak baik, tak baik..dosa tau ;)

Alhamdulillah, lepas hubby ngan pak hussin gi kautim dpt la kurang skit harga rumah. but still aku tak pueh hati..mana hak aku sebagai pembeli...agak2 la kan, kalu fight ni akan dpt lagi kurang 2 3 riban tak? cuma buat masa skng ni, kasik diorang settlekan pagar rumah dulu..lepas tu baru we all pikir mau dibawa ketengah ke idak...kang terbantut plk pembinaan pagar itu..

excited kan, ada rumah sendiri..jom layanzzzz sedikit sebanyak gambaran luar rumah yg masih serabai..

Monday, May 23, 2011

::Anak-anak umi::

Last entri hari tu duk citer pasal banjir..agak lama jugak kan? kesibukan menghalang, nok buat guane doh hehehehe amik ko, tak paham takpe ye..abaikan aje..

Dah lama gambar ni tersimpan kt dlm lappy dan tak berkesempatan nak diceritakan..

Ni masa layan org baru lepas kawin nk gi mandi pantai..



Tuesday, March 29, 2011

::Plat Kereta ku::

Hujan lebat dari malam semalam menyebabkan beberapa jalan utama naik air..ala2 banjir kilat gitu.

Pepagi mcm biasa kejutkan my daughters bangun. Hari ni kene keluar awal skit, kompem jem teruk ni. Keluar dari umah dlm kol 7.30-7.40pg, sampai kat simpang jln masuk umah dah berderet kereta beratur. lepas u-turn, aduh...teruk kali ni.

Traffic light Simpang tok ku, aku amik keputusan utk ikut jln cabang tiga..then lalu atas bukit-turun jln cerong lanjut. erm, sempat kot punch card.

Jln cerong lanjut aku dah mula redah air..takpe la tak dlm sgt ni. Sampai bulatan jln sultan omar dh jem lagi..rupanya air penuh kat simpang jln terkukur. Cemana ni, nak kene hantar budak2 ni gi taska & tadika. Kebetulan ada plk MPV redah, apelagi i follow je la..Eeee ngeri jgk la coz minyak keter dh kelip2, handpon plak tertinggal. Alhamdulillah berjaya sampai, hantar diorang then lalu jln biasa.

Aikks sumer patah balik ni..sah air naik jugak kat situ. Nak u-turn ke tak ni? "Poonnnn" Vios tu nak jugak aku bg laluan..nak tak nak aku redah lagi sekali..ya Allah biar la selamat, jgn la sangkut plk kereta ni.

Akhirnya berjaya jugak sampai opis..pintu utama plk terkunci...tak perasan lagi ni..lepas punch card ada la sorang member opis ni tegur "Kakja, plat keter mana? perasan dok tadok doh"

Kompem hanyut masa aku redah air tadi...erk....trus call hubby bgtau dh selamat sampai & plat keterku ilang...

Rasa2 plat asal ada lg kot kat umah...selamat berganti la liza...len kali hati2, jgn main redah aje :) ... yg pastinya...1 opis punch card hari ni MERAH.

Sunday, March 20, 2011

::Selamat Pengantin Baru::


Tahniah buat Apies & Zura for their wedding on 12/3 (Kerteh) & 14/3 (G.Kapas). Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Thanks buat semua sanak saudara yg hadir, membantu dan mcm2 lagi utk memastikan kenduri berjalan dengan lancar.

For the photographer..u all mmg superb!

Tuesday, March 01, 2011

::Urusan Seri Paduka Baginda::


Sedikit lambat update berita gembira ni...hehehehhe sabar..sabar...ce citer, ce citer

Here goes the story.
Surat bertarikh 28hb Disember 2010, dan diterima mid-Jan 2011 hari tu. Perkara surat:

PENYELESAIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN.


Selesai je baca perkara tu, Alhamdulillah. selesai jugak hutangku. Syukur padaMu ya Allah kerana permudahkan urusanku.

Sukacita dimaklumkan bahawa dengan ini diakui tuan/puan telahpun menjelaskan sepenuhnya bayaran balik pinjaman pelajaran yang dituntut sebanyak RMx,xxx.xx

Ape perasaan anda? hehehhee

Saturday, February 12, 2011

Five Little Monkeys!


Anak2 ku yg melayan lagu ini...

Thursday, January 27, 2011

::Pemakanan Sihat::

Lately ni byk kita dengar mcm2 jenis penyakit yg ada. Takut mmg la takut coz kebanyakan penyakit berpunca dari cara pemakanan kita...wah sedap ko ckp ye eda...sendiri pon makan tak teratur, sebulan sekali kene gastrik..hehehehehe

Skang aku ngan hubby duk try minum satu hari sesudu pagi dan sesudu malam minyak zaitun. Lepas 2 minggu minum, alhamdulillah terasa kesannya. Ok meh kita sama2 baca maklumat yg dicopy paste dr facebook my pren, akmam.

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Tuesday, January 25, 2011

::2011 yang dah tiba::

Pejam celik dah 2011 kan? Cepatnya masa berlalu. Rasa-rasa macam banyak betul benda yang tak siap dan tak terkejar. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur olehNya untuk terus beramal dan baiki diri.

Wishlist? hehehehe banyak, tapi akan ku usahakan supaya tercapai. Tahun lepas, dalam perjumpaan staff, tlh disuarakan kuat-kuat (iye ke kuat?) aku punye perancangan "Saya nak loan rumah saya lulus awal tahun depan". So? hari ni dah ke bank utk isi form and within plus minus seminggu dah boleh tahu jawapan. Yahoo! bestnya, tercapai jugak niat nak ada rumah sendiri.

2011 macam-macam event jugak ni. Hasya dah nak masuk 4 tahun and sekarang dah masuk Tadika Rossa and poor Adik Faa ditinggalkan sorang di Taska Rossa. Awal Januari hari tu duk tanya "Umi, kakak tinggal adik ke?" Ala siannya, takpe dik ye balik belah petang jumpa kakak. Muka dia boleh tgk la, excited dapat jumpa kakak.

Hope Hasya dapat belajar banyak benda baru dekat tadika tu. Now, dia kenal huruf dan boleh sebut cepat, takde la merangkak sgt. Tapi tak pandai membaca lagi. Takpe, pelan2 my dear ye.

Adik Syifaa, hari2 balik ada je lagu baru yang dia nyanyi and homework dalam beg..yg pastinya more to coloring and contengan. Tapi dia ni pun dah kenal huruf.

Kerja tak pernah nak kurang, ada je. Cabaran makin tinggi bila HOD Akademik nak tahun ni dah takde pelajar gagal&nak berhenti. we'll try our best boss. For me, aku belum puas hati dengan pengajaran dan pembelajaran yang aku sampaikan. Terkadang rasa macam i'm not giving my very best bila ada je budak yg fail dan tak tamat belajar. Aku akan salahkan diri aku dulu la and try betulkan mana yg patut.

Doa aku semoga 2011 akan menjadi tahun yang lebih baik dan diberkatiNya. Same goes to everybody!

Sunday, July 25, 2010

::Denggi ni::

Hari Selasa lepas...masa KDYMM sambut hari keputeraannya, aku cam biasa la bercuti. Bangun mcm biasa, mandi then ngemas2 apa yg patut sblm dua2 puteri tu bangkit dari beradu hehehe. Siap lipat baju terdengar la suara adik duk nyanyi2 lagu yg memg confirm sape pun tak faham. sorang dah bangun...takpe 'elbow' umi dah masak..so relax skit.

mandikan dia then bg makan dulu..pahtu kakaknya bangun. siapkan dia pulak then gerak g umah mak. plan hr ni nk gi nengok baby. 1st amik nana, g shopping brg baby then off to rumah hami.

blk dari rumah dia aku dh rasa seram sejuk, panas, debar2...eeee mcm2 perasaan. balik trus berbungkus bawah comforter, tapi tak ilang2 sejuknya. esoknya, Rabu aku g keje mcm biasa sambil nanggung kesejukan dan gigil yg amat. lebih kurang t'hari blk jugk coz dh tak tahan sgt. 2.30 pm ke klinik amik ubat, dr azmi ckp mmg ada simptom2 denggi but not sure. amik dulu ubat yg dia bg, aku balik tido sampai ptg.

khamis, around 11 am, aku ke rumah pakcik yg selalu bg ubat, sekali cek dia trus suh aku blk, awak denggi ni. blk minum 100 plus sebotol tp make sure gas ilang dulu. mkn 2 jenis ubat dia bg, then rest. mlm around 9.40 aku gigil yg amat+sakit kepala yg terasa mcm nk pecah..rumah dh pusing2...we decided to go again to pak abu's house. dia urut kepala aku bg lega skit, katanya biasa sbb ubt yg ditelan tgh melawan dengan bestnya virus yg ada.

alhamdulillah, mlm blh la tido skit2, tp sian hubby ku tak tenang tido. tima kasih bang. hari ni, ahad, aku masih di rumah..kepala dh tak ting tong, badan dh ok.nk gi klinik amik mc lain..kalo tak ape aku nk bg alasan kt bos. dah kalo namanya denggi, wad la awak duduk...ni kuarantin kt umah je? heheheheh..biasa!

ape2 pun, aku dh makin sihat, no need to worry..esok? mc la lagi sehari........

Sunday, May 16, 2010

::Selamat Hari Guru::

Got this song from Hasya..

" Pukul 6 pagi kita mesti bangun
Terus gosok gigi mandi solat Subuh
Cium tangan Umi, cium tangan Abi
Terus ambik buku pegi sekolah

Jalan tepi2 jangan lekas2
Sampai awal pagi bersihkan kelas
Rajin membaca, rajin mengira
Ikut cakap cikgu insyaAllah berjaya "

Selamat Hari Pendidik pada semua...Jasamu ku kenang cikgu!

Friday, April 30, 2010

::Anniversary ku::


Ahaks....udah menjangkau tahun ke-4 rupanya. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah.

Terima kasih bang, tima kasih family ku. For my dear puteri2, love u so much!

Tuesday, March 30, 2010

::Ape nak jadi ni::

Ehehehehhehehe gelakkan diri sendiri la dulu.

Tetiba rasa macam aku ni post entri setahun sekali plk...hajat hati mmg tinggi, nak bercerita itu ini ngan sumer kengkawan aku...pembaca blog aku ni..ape kan daya..

Alasan sentiasa ada..tak ubah mcm anak2 didik aku ni yg selalu je ada jawapan tatkala assignment tu perlu hantar. alasan paling best, 'printer jam la puan', 'pendrive kene virus'...sabar2...sampai tahap tak sepatutnya kang ada yg terasa hati ngan ayat2 cinta dari aku ni. buat la selalu budak2 perangai camni..lekat tabiat tu sampai keje kang baru hang tau!

Tahun 2010, best...best! Ada pahit, ada manisnya walaupun baru mencecah 3 bulan usianya.

Keje? As for usual, sibuk sana sini. Alhamdulillah keje2 aku kongsi pahit maung kesukarannya dengan sorang lagi opismate. Direct dengan bos mmg banyak beza..kene marah pon korang la dulu...kene puji pon lambat la sampai kt korang..hahahahaha

Family? Alhamdulillah sihat walafiat...anak masih lagi 2, takmo tambah2 lagi..rileks dulu. kasik cik2 puteri ni sonok dulu kene marah ngan umi. Abang, sihat cuma baru2 ni sakit yg tak diduga datang..tp slowly recovered. Dah bertambah biras ku si kakak ipar, dan birasku si adik ipar. Moga makin ceria idup MIL and FIL ku.

Kemahiran? hehehe cikgu kemahiran byk la yg kene ditambah2. Plan for my SKM2&3. Perlu complete my portfolio by Jun 2010. InsyaAllah sempat rasanya. Kemahiran lain? Photoshop ku masih di takuk itu jugak, tak setanding ali yg dah makin advance dengan pelbagai teknik dan software2 lain. For now, aku dah tau cemana nk format to win7. Best... Ada lagi yg aku dh pandai...nnt aku masukkan dlm posting lain ye..

Len kali ye, mau check result CGPA student jap..nak kene submit to MARa. Till then, daa....