Followers

Saturday, November 12, 2005

::Seminggu lalu::

Dah seminggu berlalu sejak kita meraikan Aidilfitri. Aku masih di sini beraya lagi. InsyaAllah Isnin ni kembali menunaikan tugas yang semakin hampir untuk diselesaikan.

Kalau seminggu lalu kita tengah sibuk menyiapkan segala persiapan menyambut raya, kini kemeriahan tu dah semakin berkurangan. Bagi aku, raya tu sebulan hehehhe sakan la ni, beraya. Bagi yang puasa 6, hari Khamis hari tu diorang sambut raya. Ada yang cakap, lagi meriah dari first day raya. Perasaan tu berbeza, kata mereka. Aku masih belum mula puasa 6 hari di bulan Syawal. InsyaAllah, aku akan buat jugak nanti. Hari tu jugak si dia sekali lagi datang beraya bersama keluarganya. Meriah jugak la. Ensem as usual, (aku kata ye). Org nak cakap tak ensem pun cakap la. Masing2 punya opinion. Hehehehe. Still takde duit raya pun. Kene ingatkan lagi sekali ni.

Cakap pasal duit raya, di ketika usia dah cecah 27 tahun ni aku still collect duit raya lagi. Tak malu betul la. Patutnya awak yang donate. Aku masih belum keje la wei, boleh dimaafkan. Tapi ye la, org dah hulur..kita terima je la. Terima kasih.

Open house tak yah citer la, sana sini ter'open'. Kenduri kendara pun meriah la jugak. Almaklum la sekarang sekolah tengah cuti. Aku macam amroth jugak la asik dapat soklan cepu cemas dari sedara mara. Biasa la tu, takde dah topik nak dibualkan nak ditanya. Itu la soalan wajib. Aku pasrah je. Senyum sengih 2 3 kali, paham la diorang. InsyaAllah, tengah usaha ni. Hahahhaha

Nanti balik sana diorang plan nak buat makan2 lagi ye? Boleh aje aku ni makan. Tak kisah ye ape menu, janji kenyang and sume hepi. I'll be back!!!!

No comments: