Followers

Sunday, November 27, 2005

::Trg - Puchong::

Khamis baru2 ni aku, ayah & Cenor ke puchong rumah abang aku. Kami bertolak lebih kurang pukul 2.40 ptg dgn menaiki Pajero. Elok lepas Bkt Chendering adik aku tegur speeder meter tak function. Ape lagi, ayah pun brenti la dekat bengkel yg repair kenderaan Tele*om aka TM. Lebih kurang setgh jam repair, meter pun dah ok tekak pun dah ilang keringnya ngan air Nescafe ais. Nyum nyum best ni.

Lebih kurang pukul 6 ptg sampai kat Kemaman singgah amik brg kiriman M'long kat sana. Solat asar then duduk2 kejap je sblm kami teruskan perjalanan. Ayah still drive dr sini. Aku lepak2 kat belakang ngan bantal busuk aku. Bawak jugak tau :)

Lalu highway, then ayah exit ikut mana ntah. Sampai kat Bkt Goh ayah berenti nk repair lampu. Dah agak lampu tu menyuluh ngan best baru sambung perjalanan. Lepas tol Kuantan, ayah mintak org lain plk drive dan it goes to me. Next stop, hentian Temerloh utk solat & diner. Lebih kurang kol 8.30 sampai kat hentian tu then makan2 ikan patin masak tempoyak & solat. Alhamdulillah kenyang perut yg duk nyanyi dari tadi. Ayah plk drive lepas tu. Mata ngantuk ni, al maklum la perut ku kenyang.

Sampai kat tol Gombak, Pajero ada problem. Ah sudah, clutch tak function, out terus. Cemana ni, ada ada butterfly in my stomach. Jauh lagi sblm sampai Putra Perdana. Ayah tonyoh2 je gear tu kasik masuk, tayar bergolek sikit2, alhamdulillah blh jalan. Ni kalau kene brenti parah nk masuk gear 1 balik. Tawakkal je la.

Sampai kat traffic light Bukit Jalil lampu isyarat merah. Semua dah cuak ni sebab kene slow down kereta then brenti. Maknanya ayah kene usaha kasik gear blh tukar. On lampu hazard, ish tak berjaya ni.

Aku ngan cenor pun turun tolak. Mak aii, berat ni. Dah la kawasan bukit skit. Tak bergerak pun aku tolak. Amende kak ja ni, tolok dok? hehehe tak berkudrat la layan pajero ni. Alhamdulillah ada sorang abang ni tolong benti and tolak sesama, dah blh masuk gear ayah trus jalan tinggalkan kitorang. Tima kasih banyak2 ye bang. Aku tak ingat plet keter dia (Putrajaya xxx)

Dari situ aku jalan ngan cenor menuju ke kereta. Boleh ke gerak ni? Lepas ni dah takde traffic light, insyaAllah ok. Dah boleh jalan, kami teruskan ke Puchong. Jauh kat depan aku dah nmpk ada lagi traffic light, slow2..bajet lampu hijau then trus je non stop. Pass satu traffic, rasa mcm ada satu utk masuk ke taman kt rumah abg jang.

Sampai area putra perdana, lampu merah. Jauh la ayah aku u-turn nk kasik lepas traffic tu. Dalam kol 11.30 mlm kami selamat sampai. Adventure sungguh la rasanya. Geli2 perut aku risau tak sampai. Nak repair pun mlm2 mcm ni sure kene 'katok' best ni.

Pagi esoknya ayah hantar repair. Pump clutch rosak, kene la dalam RM8* utk ganti. Pajero tu pakai pam hidrolik, takde tali2. Aku tak tahu pun benda tu. Dgr je la, janji dah boleh jalan & blh balik Trg nnt. Kene plk tepon aku slmt di'bar' oleh TM. Cesh, ada overdue bill rupanya. Tak dapat nk bgtahu dia aku dah selamat sampai. Pinjam hp abg jang kasik satu sms, then he called back.

Tak dpt jugak nk contact my dear pren utk layan menggolek di ARL Bowl. Lalu tepi iOi mall pun tgk je la sign Ampang Superbowl kt situ. Sadis je. Lain kali je la ye? Malam tu aku tidur tak ingat nye la, letih yg amat.

No comments: