Followers

Wednesday, January 18, 2012

::Cantik di mata, indah di hati::

Wah wah tajuk entri tak tahan..bukan ape ni, nak share sesuatu ngan semua..

Cantik. Semua orang ada definisi tersendiri atas perkataan ni. Cantik hanya pada perkataan, pada luaran, pada fizikalnya or pada dalamannya. Atas pendapat masing2. As for me, cantik tu menyimpan banyak makna. Luaran dan dalaman. Pada aku, dalam mau jaga..luar pun mau elok. Jgn sampai org ckp"harap muka je cantik, hati busuk..pelaku buruk" heheheh btol2 i setuju!

Indahnya, cantiknya dalaman bergantung kepada tahap kerohanian kita, mcm mana kita pelihara. Dari segi amalan yang kita lakukan. Kecantikan tu akan terserlah dengan sendirinya. Benda2 sampingan tu cuma menambahbaik je..kan? kan? pandai la ko ni... bukan ape, itu pendapat aku la kan.

Hari tu gi makan sefamily kami, makan ala2 omputih. Umi dgn lamb chop nya, Abi dgn chicken chopnya and adik kakak dgn mushroom soup. Owner kedai tu my hubby boleh kata kenal la jugak. Kalau terjumpa, sometime bertegur sapa. Kalau dh kalut sgt, angkat tgn je la kan? Tapi mlm tu my hubby keluar statement "Bila dh kita ni start ubah cara penampilan, jgn la sikap tu tak mau nk ubah" aku pon pandang keliling, perati jugak diri sendiri "aku ke??" oOOooOoo rupanya tadi dia ada tegur owner tu yg penampilan skang ni dh berjubah, berkopiah. Tapi tau ape feedback dia dpt? senyum pon idak..mau lagi bertegur bersalam.. Sabar ye bang, agaknya dia bz kot.

Cakap2 bab cantik, last year (uisshhh lama punya cerita ni) dlm early Nov aku ada start pakai produk cantik ni. Ada jugak pergi bengkel dia. Masa bengkel dia ajar cara cuci muka, penjagaan muka and last session plk make up time!

Wahai kawan2, nak cuci muka bukan main tonyoh2 aje ye.. ok, biasanya cuci muka kita guna 3 jari kecantikan iaitu jari hantu, jari manis & jari kelingking kedua2 belah tgn ye. Meh kita try step kat bwh ni:
  1. Ambil pencuci muka, guna salah satu jari2 yg cantik tu.
  2. Calit dekat 5 point which are dahi, hidung, pp kanan, pp kiri & dagu
  3. Basahkan 3 jari td dgn sedikit air & mulakan cucian dengan urutan membulat. Boleh?..
  4. Next, masa korang cuci kat area dahi turun ke tepi kening then lalu kat hidung. Kat tepi kening tu tekan sket dgn jari hantu. Tipsnya utk kurangkan stress.
  5. Dah settle cuci bulat2, bilas ngan air bersih.
  6. Lap muka uols ngan towel bersih
  7. Ok, tamat :)
Selamat mencuba and hiasi diri anda dengan keperibadian yang cantik bukan saja di luar, juga dari dalam.

2 comments:

Juraimee said...

eleehh.. teknik ni lah yg aku dok ajar korang dari dulu !! lupa sudah kah?
haahhahahahha

edaleeja said...

ju, ko ajar time cuci2 muka di kaki gunung...mana nk hapal..dlm kepala dok bayang milo ais, teh ais