Followers

Thursday, July 26, 2007

:: Hasya is learning to crawl ::



My dear baby nearly 6 months old. Dah start nak merangkak and try to stand on her knees. Cute btol la :)

Wednesday, July 04, 2007


My dear Hasya is 5 months old.

Tuesday, July 03, 2007


Happy 32th Birthday My Dear. Love you so much!!

Sunday, April 29, 2007

Monday, April 02, 2007

::Frontier SUT::

Hehehehe ape kena plk post kali ni ye? Frontier? SUT? Ekceli my dear hubby bought this new vehicle last week. Alhamdulillah proses pembelian berjalan lancar. Dah lama dia idamkan kenderaan jenis ni. Mula dengan STORM, tapi masa tu ada tuntutan lain yg lebih penting. So tangguhkan dulu.

Then dia gi usha Ranger, pun tak jadi jugak. Entah la pasal ape plk. Agaknya hati kuat pada storm jugak. Baru2 ni dia ada citer pasal Triton tapi ada yg dia tak berkenan plk. Then peluang utk pick up ni pun tiba. Salesman tu kata blh terima kalo nk tolak van lama dia. So apalaga, trus la cita2 yg terkubur tu diteruskan.

Akhirnya this new Frontier SUT ni tercongok la depan umah. Terasa mcm kecik plk bila naik Frontier ni. Tapi no plet tak dpt plk yg diidamkan. Kalo nk yg cantik mau JPJ caj 200+. Rugi2.....so ikut je la running number yg ada kat JPJ skang ni, TAN 7**2.

So far, takde lagi la perasaan utk aku test drive. Risau la besor sgt2, susah ni mau bajet depan belakang kiri kanan. Kang ada yg sengih2 tengok aku drive. Even masa drive Pajero ayah pun sumer duk pandang2, inikan plk yg ni.

Tengok la, kene kumpul kekuatan dulu. Oklah, nnt dah berjaya test drive i'll tell u la the story :)
Till then, take care!

Sunday, April 01, 2007

::New Month New Job::



Alhamdulillah hari ni aku dah memulakan tugas baru as a Fasilitator kat salah sebuah kolej kemahiran di bandar K.Trg. Of coz la aku teruja sebab dah lama rasanya nak masuk bidang ajar mengajar ni. Kat kolej ni diorang tawarkan program Sijil Kemahiran yang dulunya dikenali sebagai Sijil MLVK dan Diploma.

First day blm tahu nak buat ape lagi coz person incharged is on leave. Tengok jadual macam hari2 i have a class. Jam mengajar for a week dalam 18hrs. Erk rasanya paling byk ni. Takpe, tugas tu eda. Jalankan aje!

Pagi tadi tengah nak siap2 Hasya bangun ngek2 mau susu. Kasik dia minum dulu baru aku gi keje. Sedih plk bila tengok dia walaupun time aku cium dia duk sengih2. Kenyang perut suka hati la tu heheheeh. Jap gi lunch hour, mau balik la jenguk my dear. Hubby sms wish me luck for this new job. InsyaAllah i work hard bang.

Doakan aku ye kengkawan semoga tabah menempuh pelbagai pe'el student2 kat sini. Till then, take care!

Friday, March 23, 2007

::Rejeki::

Alhamdulillah, aku masih lagi direstuiNya untuk bernafas di muka bumi ni.

Hari Selasa lepas aku dipanggil utk menghadiri satu interbiu kat kolek kemahiran. Nak pergi ke idak ni ye? Diskusi ngan hubby sikit sebanyak, trus decide i need to try this one. Kalo ikutkan hati terasa masih ingin bersama 'geng kuda' tu. Ada rasa kesian dekat salah sorg kakak kt situ, tak kurang juga rasa bersalah sebab aku ni kan masih lagi bercuti 4 pantang. Cuti bergaji, then kalo dpt keje tu nk hantar surat resign. Terasa kijamnya guwe!

Lepas mempertimbangkan byk perkara, aku rasa nk gi interview tu. Sembang2 ngan 2 staffs kat situ diorang mmg nak amik keje menggantikan staff yang brenti mengejut. Alhamdulillah, rejeki baby ni.

2 hari lepas tu aku dah dapat service agreement. Start keje on 1st of April 2007. Tak lama dah tu kan? Aduhai kene tinggalkan Hasya kat umah. Mampu ke bertahan? Risau takut dia tak berapa mau hisap susu botol. Nnt la nak suntik semangat dekat dia. InsyaAllah ok la nnt.

Kene susun acara idup ni semula la. Cuti dah hampir 2 bulan, semua nak kene tune balik. Oklah ye, mau sambung baca agreement. Till then, take care!

Thursday, March 22, 2007

::Aku kena TAG lagi::

Salam sejahtera buat semua. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Last month, hehehehe lama dah tu kan? Aku dengan tak rasminya telah di'tag' oleh zampeada. Cesh, tak semena2 ketika berpantang aku kene tag. Tapi aku tak kisah sgt sebab kalo tak silap aku pun pernah jugak tag dia.

Tag kali ni pasal 6 perkara pelik tentang diri sendiri. So, here goes mine:
  1. Kalo makan burger aku akan makan slice by slice starting ngan roti and of coz daging burger tu la yg akan kendian sekali terjun ke tekak ku.
  2. Kalo terlalu sakit hati, mau meleleh ayaq mata ni.
  3. Aku boleh jln2 satu hari just for window shopping je.
  4. Kat hostel dulu aku selalu je dpt title loker paling kemas sampaikan loker org lain pun aku blh tolong kemaskan :P
  5. Ada org cakap tangan aku ni mcm 'tangan sambung'...ye ke buha?
  6. Aku suka tengok org kidal buat keje, tak kisah la menulis ke main alat muzik ke masak ke?
Pelik ke? Macam biasa je, nothing weird. Aku dengan baik hatinya takmo tag sesape dah. Till then, take care!

Tuesday, March 13, 2007

::Sekalung Tahniah::

Before i wish all my good friends, nak inform hari ni Hasya dah 38 hari. Ada byk hari lagi Ummi kene pantang ni. Ekceli dah start makan macam2 dah, tp not too much. Just rasa2 je la. Ais of coz forbidden. Kekadang bancuh air sirap or sunquick sejuk utk dear hubby, buat2 la rasa skit. Oopppssss kalo mak tahu ni leter sehari la nmpknya. Nana, ssssyyyyyy.

Ok back to the topic. Firstly, congrats to Buha for her MScIT convocation last 2 days. Sorry aku tak dapat nk share those hepi moments with u. Hanya mampu wish dari kejauhan saje. Finally, ur dream comes true Buha! InsyaAllah dengan berjayanya kita kali ni dapat mengubah hala tuju masing2.

For newly wed are-c-iah & abg zahir. Semoga korang dirahmatiNya dan sentiasa berbahagia. Cepat2 la join d club cikyah!

To Maya for her new born baby girl. Syafiqah Diana ke? Petang semalam dia selamat deliver normally a baby girl yang beratnya 3.3kg. Kus semangat, sihat btol. Ramai la geng Hasya tahun ni.

Aduh, tak lama lagi dah nak masuk keje. Cemana la nak tinggal Hasya ni. Boleh kot dia bawak diri. Heheheheeh bukan tak biasa, rumah Ki ngan Wan dia jugak nnt aku tinggal time keje. Nak kene pikir2 mau kasik susu tepung ape plk kt dia. Kalo ikut ati mau fully breastfeed, ntah la. Byk la alasan ko eda! Tengok la cam mana. Till then, take care!

Friday, February 09, 2007

::New born baby girl::


Alhamdulillah, hari Sabtu 3 Feb. 2007 bersamaan 15 Muharram 1428H aku selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 2.87kg. Tepat pukul 6.53 pagi, Nur Hasya selamat lahir di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Ummi ngan baby sihat walafiat.

2 3 hari ni Hasya duk ulang alik ke klinik utk check jaundice. Mulanya agak tinggi, ye la awal2 balik rumah tak dapat nak susukan dia lagi. Susu blm banyak produce. Tapi skang alhamdulillah dah ok.

Thanks pada semua yang mendoakan aku ngan baby selamat. For those yang sms ucap tahniah, tima kasih. Sori ye tak dapat nak citer panjang, penat lagi la. Nak duduk pun lenguh belakang ni. My fotopages dah update ngan gambar Hasya. Sila-sila la melawat ye http://edaleeja.fotopages.com

Tuesday, January 30, 2007

::Not Yet::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua..

Alhamdulillah, aku masih lagi sihat walafiat. Of course la makin dup dap je ni. Nak mintak maaf la ngan semua kalau ada salah dan silap sama ada sedar dan tak sedar. Aku hanya insan biasa, kadang2 tersasar melukakan hati orang. So sorry dear friends. mohon halalkan semua makan minum aku ye. Harap korang semua dapat mendoakan aku ngan baby. Till then, take care!

Tuesday, January 16, 2007

::Rindu padanya::



Tadi browse PC kat opis ni, terpandang satu gambar yang btol2 mencuit kotak kenangan aku. It looks a lot like my AKI. Aduh rindunya dekat kucing besor aku tu. Ilang dah hampir 2 tahun ni, ntah idup ke idak.






Ketentuan Allah yang aku hanya mampu membela dia buat sementara waktu. Aku redha, jika dia masih idup semoga dia dipelihara dengan baik oleh orang lain.

Sunday, January 14, 2007

::first Entry for new Year::

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni..

A little bit late for my first entry for year 2007. Takpe la kan. Hope semua sihat dan dalam keadaan yang aman bahagia menyambut kedatangan tahun baru. Tak lama lagi pun kita akan menyambut tahun baru 1428Hijrah. Jgn lupa ye kawan2, doa akhir tahun dan doa awal tahun. Sama-samalah kita berdoa dan mensyukuri segala nikmat Allah kurniakan pada kita.

Aku masih lagi berkerja, blm cuti lagi. Rasanya sampai masa nanti cuti la kot. Ape pun congrats to my dear friend I.da for her new born baby boy, Emir Faiq. InsyaAllah saya akan menyusul nanti hehehehehe.

Tengok planner opis utk 2007 a bit pack with lots of event and trial-run. As for me, just bz buat2 surat je la. Takde la nak kene ke TIEP jalankan tugas. Ngadap pc kat opis je la nampak gayanya.

oklah ye, ada lagi benda nak kene buat. faxes, letters, handouts...errrgghhh penat gak pikir. jaga diri ye semua, have a wonderful day!

Sunday, December 31, 2006

::What to DO??::

Do i need to change?
Do i need to buy new things?
Do i need to change my job?
Look into urself, u'll know what to do..
Muhasabah diri wahai edaleeja..
letak cermin 5 kaki pun tak guna kalau kita tak cermin sedalamnya..

Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur..
Ada yang masih aku perlu baiki..
Ada yang perlu aku tingkatkan..
Ada yang memang perlu aku kukuhkan..

Ya Allah, Tabahkan hati hambaMu ini..

Salam AIdiladha buat semua..

Thursday, December 21, 2006

::Ungu - Tercipta Untukku::

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu

Sunday, December 10, 2006

::Cepatnya masa berlalu::

Tup tup hari ni dah 10hb Disember. Sebelum terlupa, a very hepi birthday wishes goes to ny dear friend, Maya Adzlianie. Semoga dia sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Hari ke-10 bulan terakhir utk tahun 2006, rasa macam2 dah jadi sepanjang tahun ni. Big changes in my life, and another one is yet to come. i'm going to be a mother soon. Excited? Really, but nampak mcm biasa je. Even barang2 blm beli satu pun lagi. Jgn terkejut ye, memang satu hape pun blm beli. List je dah ada. Nama baby pun tak terpikir lagi ni. Kene list out for boy and girl since i don't know gender nya lagi. hehehehehee

Makin hari makin bz ngan keje2 admin. Lepas je kejohanan makin byk yg perlu aku settlekan. This morning ada post mortem part II. Byk la teguran yg masing2 kene consider and take note btol2. Lepas ni kene be prepared for the big event in 2008. Tadi duk copy2 gambar yg sorang foreigner rider dari USA ni snap sepanjang SCTEC2006. Nak nengok blh jenguk sini ye ----> http://www.endurance.net

Baru kol 3.15pm and i've already had my lunch. Terasa mcm nak ngunyah lagi, boleh? Jap gi la pi bancuh milo, kasik kenyang sekejap. Ok dear friends, take care.

Thursday, November 30, 2006

::Dua minggu sekali::

Alhamdulillah, skang dah mencecah minggu ke-30. Another 10 weeks (ye ke?) before i deliver my baby. Semalam gi checking lagi kat klinik, and so far so good. Me and my baby are in good condition. Dapat satu carta utk tanda pergerakan baby. Sesi pantauan la ni, kot2 kalau baby kurang gerak maybe ada yang tak kena kot. Dalam sehari, sekurang2nya 10 kali dia gerak within 12 hours(9am-9pm). Rasa baby ni sepanjang hari je gerak :) cemana nak tanda tu? hehehehe

My dear hubby pun excited bila dapat rasa baby gerak2, tendang tangan dia. Kekadang tu nmpk cam berombak je perut ni. Subhanallah, Agungnya ciptaanMu Ya Allah. Barang2 utk baby blm prepare ape2 pun lagi ni. Even aku sendiri pun tak prepare awal2 brg yg nak kene bawak gi spital bila sampai masa utk due nanti. Pesanan dari kawan2 & family suruh aku siapkan brg2 tu dlm satu beg utk senang hubby capai bila emergency nnt. Pelan2 la ni nak mencari brg2 tu semua.

2 mlm lepas ada buat solat hajat ngan tahlil kat rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Makanan pun enough for semua tetamu yg datang. Aku berdoa semoga diberkati dan mendapat perlindungan daripadaNya, insyaAllah.

Monday, November 27, 2006

:Pedang vs Lidah:

Pagi ni bukak mail yg dah berhari-hari tak dijenguk. Ni sumer gara-gara bz sgt ngan Sultan's Cup (uweekkk, cam hampas). Terbaca satu email dari kawan skolah..and it's really true!

Imam al-Ghazali ada bertanya pada anak-anak didiknya.


"Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Serentak anak-anak didiknya menjawab, "Pedang"

"Benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati."

Wednesday, November 15, 2006

::Busy kene handle SCTEC 06::


Dalam 2 minggu ni, terasa mcm bz nya dengan tugas2 persiapan untuk Sultan's Cup Terengganu endurance Challenge 2006. Mai la jenguk kat Tapak Endurance di Lembah Bidong, Setiu. Event will be held there from 25th to 26th November.

Dah abih event nanti baru cerita ye. Byk ni kes sensasi..pressure sana sini esp from one of the temporary staff here. oopppssss jgn la kantoi ngan boss :D

Monday, November 06, 2006

::Raya yang berbeza::

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyambut Syawal yang mulia ni. Tapi mcm pesan dari hucs, jgn la kita terlalu gembira, bersedih la sama sebab Ramadhan dah tinggalkan kita. Adakah akan ada Ramadhan yang akan datang buat kita? Sama2 la kita doakan.

~Day before Hari Raya~
Tgh excited kemas bilik, dapat la call from opis. "Kak Liza, blh datang opis ke?Mari amik ur gaji". Alhamdulillah, my first salary untuk keje ni. Rasa terharu plk, dapat 'duit raya' dari boss. hehehe merasa la adik2 aku duit raya tahun ni. Before this, tak pernah lagi aku bagi duit raya dekat diorang. Dapat kasik mak, mak mertua, anak2 sedara. Nak belikan hadiah raya dah tak sempat ni. takpe la, kak ja doakan semua selamat sejahtera di bawah lindunganNya.

Tahun ni first time aku beraya as a wife dan involved ngan family baru. Suasana tu agak berbeza jika aku nak bandingkan ngan keadaan kat rumah family aku. Tak adil sebenarnya untuk aku banding2kan. Setiap family ada cara dia sendiri. For me, i miss those moments preparing kuih raya and gantung langsir ngan adik2. Kat sana takde byk persiapan yang dibuat. Mlm raya semua bawak hal masing2, takde la terasa sangat nak raya. Semua dah besar panjang kot, takde la nak lari2 keliling rumah sambil main bunga api.

Lepas Isya' dengar takbir raya, sayu nya rasa. Tapi ku tahan jua ayaq mata ni jgn bagi berlinangan. Prepare baju melayu abang nak bwk masa gi kedai esoknya. Gi kedai? Ada orang menempah juadah untuk raya pertama ni. Lepas tu iron my baju kurung plk. uih boleh muat lagi tau baju kurung. 'Uniform' nanti hari lain aku pakai.

Lepas tu tolong adik ipar ngemas sikit2. Mak mertua masak rendang, makan ngan ketupat daun palas. Sedapnya bau..terus perut ni rasa lapar. hehehee baby tak sabor tunggu pagi esok. Around 12.30 baru masing2 masuk tidur.

~Day of Aidilfitri~
Seawal jam 5 pagi my dear hubby dah berangkat ke kedai dgn ayah mertua ku. Tengah mamai2 tu salam la ngan abang. Mohon ampun dan maaf zahir & batin. Sedihnya, rasa terharu sungguh! Then, sempat lagi aku sambung tidur. Around 6.15 am aku bangun, mandi sunat Aidilfitri, solat subuh then ke dapur. Tgk macam takde org bangun lagi. Agaknya semalam letih ngemas mana2 yang patut kot. Kemas2 meja, jerang air. Panaskan rendang ngan goreng ketupat. Then mak mertua keluar, tgk ape aku buat. Bancuh air kopi seteko, then gi potong kek gula hangus yg aku bakar semlm. Itu je kek yg aku betul2 xpert buat.

Dalam kol 8 siap2 gerak gi kedai. nak solat sunat kat area situ. Masjid dekat benor. Tgk kat jalan semua cantik2 dan ensem2. Yang kecik2 comel sungguh berbaju melayu ngan kain samping. Pelan2 drive sebab semua mcm tak perati dah kiri kanan jalan.

Lepas solat sunat baru la nmpk abang yg ensem berbaju melayu warna biru kundang. Aku cukup suka la tgk org pakai baju melayu. Kacak gitu! Tunggu org yg menempah amik nasi diorang, then gerak ke Gong Kapas. First stop kat rumah abag ipar nak jumpa tok. Sekali sunyi sepi je cuacanya. Then off we go to my family's house. Yahoo!! dapat jumpa mak ayah adik beradik. Macam biasa, mak akan buat pulut kuning+gulai daging. Ada sate ngan rendang jugak. Baby gerak2, lapar ye sayang? Salam mak ayah, pass duit raya utk adik2 ngan anak2 sedara. Klik2 kejap then gerak ke tempat lain. Aku tak masuk gmbr family tahun ni :(

Around 2.30pm kitorang balik ke kedai. Ada lagi preparation nak kene buat utk tempahan hr esoknya. Lepas Maghrib baru balik ke rumah. Penatnya badan ni. Dah la jln 'jem' yang amat sangat. Bila dah sampai rumah, kompem tak kuo dah. Berderet2 kereta duk beratur. Sabar ye semua, berhati-hati di jalan raya.

Untuk hari2 berikutnya pun macam sama je life aku time raya. Ada kesempatan aku balik jgk ke gong kapas. Saje la carik alasan, nak merasa kemeriahan tetamu mai rumah. Belah mlm je dapat jalan2 ke rumah jiran, ye la masing2 bz ngan agenda diorang termasuk la family mertua aku. Duit raya tahun ni tak banyak yang masuk, keluar je. Thn depan suh baby la collect duit bebanyak. hehehehe bukan utk mak ayah dia, utk masa depan dia. Nak kene la ajar menabung dari kecik kan?

~gambar2 berkaitan tak berjaya upload lagi. Tunggu........~