Followers

Sunday, September 18, 2005

::Nisfu Syaaban::

Hari ni mak akan sibuk buat sedikit kuih muih untuk dihantar ke surau dekat rumah. Seperti tahun2 yang lepas, malam nisfu Syaaban disambut meriah di sini. Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
  1. Selepas solat Maghrib (15 Syaaban, malam Isnin)
    Solat sunat Nisfu Syaaban, 2 rakaat :
    Rakaat 1: Baca Surah Al-Fatihah & Surah Al-Qadar 1x.
    Rakaat 2: Baca Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas 3x.
  2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Syaaban, malam Isnin)
    Selepas Yasin pertama: Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH SWT
    Selepas Yasin kedua: Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH SWT
    Selepas Yasin ketiga: Mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
    Kemudian baca Istighfar 11x. Selawat 11x.
    Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk).
  3. Baca surah ikhlas 1000x.
  4. Berpuasa pada siangnya (Isnin, 19 Sept 05).

Semoga kita sama2 berusaha mencari keberkatan dariNya di bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

No comments: