Followers

Saturday, October 08, 2005

::Merdunya bacaan::

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan kali ni solat terawih belum lagi 'miss'. Seperti biasa, dalam kol 8 mlm aku ngan buha akan gerak ke masjid Sultan Badlishah bersama2 dgn dua orang adik lagi. Park kereta then terus jalan ke tempat solat bahagian bawah. Erm dah ramai umat yang hadir. Bentang sejadah, then duduk kat situ sambil berzikir. Ada group muslimah yang tengah bertadarus. Merdu bacaannya, syahdu jugak la.

Masuk waktu Isya', bilal pun mula azan. Subhanallah, sedap nya suara adik ni. Penuh khusyuk dan lemak merdu. Terasa terus ke hati aku, keinsafan mula menguasai diri. Tiap2 azan yg diucapkan benar2 terasa kesannya. Setiap makna aku cuba untuk hayati sebaik mungkin. Imam yang baca surah2 dan ayat suci al-Quran pun best. Cuma aku je kurang memahami makna2 di sebalik ayat2 yang dibacakan. Ruginya..

Time solat pun kita diuji dengan pelbagai ujian. Sorang adik ni bawak anak kecil dia bersama, comel sungguh. Tengah solat terawih tiba2 terasa sepasang kaki comel tersandar kat belakang betis aku. Ujian dariNya sama ada aku boleh bersabar atau tidak. Ku biarkan aje si kecil dengan karenahnya. Selesai solat, time to go home. Berpusu2 umat Islam berlumba untuk keluar dari masjid. Wah adik2, tak sabarnya kamu. Takpe la, biarlah diorang jalan dulu.

Nak undur kereta pun problem jugak, semua macam badan besi je. Sabar lagi ye eda :) Alhamdulillah, dalam kol 10 lebih aku ngan buha dah selamat sampai umah. Terus duduk sambung tadarus kitorang. Selesai tadarus mula la pikir nak makan ape pulak ni? First, minum air masak dulu then bancuh air panas pulak. Aduh, mata udah ngantuk. Pikir menu untuk sahur then, terus masuk tidur. Tak kuasa la nak layan TV malam ni.

No comments: