Followers

Wednesday, May 16, 2012

::Selamat Hari Guru 2012::

Setiap tahun on 16th May akan ada sambutan Hari Guru. Sempenan hari guru tahun ni, teringin nak ucapkan terima kasih tidak terhingga di atas jasa diorang mendidik dan memastikan semua pelajar mendapat ilmu yang boleh digunakan sepanjang hayat mereka.

Aku salah seorang pendidik juga officially sejak tahun 2007. Kalau sebelum2 tu ada jugak jadi Jurutunjuk kat Sekolah Teknologi Maklumat, UUM. ish buleh consider cikgu ka?

Semalam menjalankan misi bersama anak2 menyiapkan kad ucapan hari guru buat teacher2 kat Tadika Rossa. Umi pon satu, balik bnk in duit semalam singgah kedai beli 1 je kad ucapan. Anak2 umi biasanya nak satu sorang, baru feel. "Saya nak bagi teacher faziha, adik nak bagi teacher huda". dan akhirnya umi la jadi mangsa main gunting2 kertas, brochure utk buat artwork ngan diorang. ala yg dulu2 kita duk tampal2 huruf menjadi ayat best tu, ape org panggey patchwork jugak ke? hehehe tak reti umi nak ckp..

dah siapkan satu kakak punya, satu lagi adik faa punya. ish lupa plk nk copy gambar kad yg diorang deco2 and conteng2. adik la tak brape nak layan coz dah mengantuk yang amat. last2, umi yg siapkan sesi tampal2. conteng2 tetap diorang jugak.. nampak la kakak muka puah ati sungguh ngan hasil kejenya.

Ape pon buat semua sahabat di luar sana yang bergelar cikgu, ustaz, ustazah, madam, teacher, lecturer, puan yang menjadi pendidik anak bangsa, Umi nak ucapkan Selamat Hari Guru dan teruskan usaha murni kalian dalam mencurahkan ilmu yang akan diamalkan oleh kami serta generasi akan datang dunia dan akhirat. Amiin & tenkiu very much!

No comments: