Followers

Monday, May 02, 2005

::Gelora Jiwa::



Novel penulisan Aisya Sofea kali ni banyak perbezaan dengan novel2 beliau yang lain. Namun begitu, ceritanya masih berkisar kepada warna warni, asam garam kehidupan manusia. Pada aku, Gelora Jiwa satu hasil yang baik daripadanya. Kalau tak best, masa kan aku sanggup 'tongkat' mata aku sampai kol 3 4 pagi semata-mata nak habiskan cerita tu. Nak berenti baca sambung esok, tapi tak berjaya nak menahan gelora hati (eceh..) untuk mengetahui kesudahan ceritanya.

6 tahun yang lepas, Intan Azureen ditunangkan dengan sepupunya sendiri atas arrangement ayah dan mak longnya. Intan merupakan seorang ketua kerani di salah sebuah syarikat di tengah2 kota metropolitan. Setiap hari Intan ke tempat kerja dengan menaiki bas. Pada suatu hari berlaku satu insiden yang akhirnya mengubah corak kehidupan dia selama ini. Gara-gara diganggu oleh seorang lelaki yang berumur ketika berada di dalam bas telah menemukan Intan dengan Hanif Ashman. Hanif, seorang lelaki kacak, berambut kemas yang mempunyai sepasang mata yang mampu memberikan ketenangan kepada Intan di kala itu. Pada asalnya cuma bertujuan untuk berlakon dan mengusir lelaki miang bertukar kepada bibit percintaan (DAP jugak ni).

Hanif merupakan seorang anak yang baik dan taat kepada kedua ibu bapanya. Disebabkan hasratnya untuk memperisterikan seorang gadis semasa di UK menyebabkan Hanif dibuang keluarga. Sejak dari itu beliau tidak lagi berjumpa atau bertanya khabar berita mengenai keluarganya. Walaupun baru mengenali Zureen, Hanif telah menyimpan hasrat untuk menjadikan Zureen sebagai teman hidupnya.

Namun begitu, langit tak selalunya cerah, mak long Intan datang berbincang dengan ibunya agar pernikahan Intan dengan tunangnya, Hanif Azman disegerakan. Intan tersepit dan keliru di antara keluarga dan kehendak hati. Di kala dia mula menerima cinta dan perhatian dari seorang lelaki bernama Hanif, kini dia terpaksa mengalah demi menepati janji arwah ayahnya dengan keluarga mak long. Azman, seorang lelaki yang agak agresif tidak pernah sekalipun bertanya jauh sekali untuk datang berjumpa dengan Intan. Nama saja bertunang, batang hidung pun tak pernah nampak.

Kini, Intan terpaksa berusaha untuk menjauhkan diri dari lelaki idamannya. Walaupun Hanif sedar akan hakikat Intan tunangan orang, dia masih lagi ingin mencuba nasibnya untuk memperisterikan Intan. Sehinggalah pada satu hari semasa mereka keluar berdua dan terserempak dengan Azman. Intan dimarahi dengan teruk oleh Azman atas alasan menduakannya. Keesokan harinya, mak long datang lagi berbincang dengan keluarga Intan. Pernikahan perlu disegerakan. Semua persiapan mula dibuat untuk melangsungkan perkahwinan anak kesayangan mak long.

Intan hanya mampu berendam air mata mengenangkan nasibnya. Hendak diluah mati bapak, ditelan mati emak. Intan pasrah menerima ketentuan dariNya. Pada masa yang sama, Intan Zureen masih menaruh harapan agar Hanif mempertahankan cinta mereka. Sejauh manakah cinta dan kasih sayang mereka mampu bertahan?

Heheheeh aku tak nak cerita dah yang selanjutnya. Nanti korang tak beli buku ni, penat aku promote. Harga buku ni dalam RM 17.00 sahaja, mampu dimiliki. Oh lupa, dalam novel kali ni ada juga watak2 dari novel beliau yang lepas seperti Farah Wahida dan Lukman Hafizi. Tu watak dalam novel Jendela Hati, kalau tak silap la.

Tadi masa ronda2 dekat site Alaf21 carik novel2 yang lain terbacalah berita pasal 'kemasyhuran' novel Gelora jiwa ni. Berita tu boleh dibaca di sini

p/s: sori, tersilap nama watak. Actually Intan Azureen, bkn Intan Zureen

No comments: