Followers

Monday, August 15, 2005

::Info Sihat::

Semalam aku ada baca paper M*tr* bahagian kesihatan. Ada satu rencana tu buat aku tertarik utk teruskan pembacaan. Anemia dan Talassemia, penyakit kurang darah yg boleh berlaku pada sesiapa sahaja terutamanya individu yang menghidap penyakit kronik atau pendarahan usus. Bagi orang normal, paras hemoglobin ialah melebihi 13.5 g/dl bg lelaki dan 12 g/dl darah bg wanita. Aku? Pernah la ada simpton tu sikit2 :) Pulun la makan hati ayam, sayur bayam utk 2 3 hari. Pahtu pastikan rehat pun cukup..Jom baca apa dia anemia dan talassemia ni.

Anemia bermakna kekurangan sel darah merah yg mana fungsi darah merah adalah utk membawa oksigen dari paru2 ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru2 untuk dibebaskan ke udara. Masalah ni berlaku apabila jumlah sel darah merah kurang daripada 13.5 g/dl (lelaki) dan 12 g/dl (wanita). Penyakit ini disebabkan oleh badan kurang menghasilkan sel darah merah, kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya. Antara simpton2 anemia ialah:
  • Masalah kulit pucat
  • Degupan jantung pantas
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Kerap berasa pening
  • Sejuk dan kebas

Amalan pemakanan seimbang dan kaya dengan zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah. Makan sayur dan sumber protein mengikut sukatan bermakna mendapat zat besi, vitamin B12 dan folat yg mencukupi.

Talassemia adalah gangguan pada genetik darah. Badan individu talassemia menghadapi kesukaran untuk menghasilkan cukup hemoglobin yang menyebabkan masalah kekurangan darah merah (anemia). Kekurangan hemoglobin akan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi dengan cekap kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Talassemia boleh dibahagikan kepada dua iaitu alfa dan beta.

Talassemia alfa major adalah keadaan serius dan biasanya pesakit akan meninggal dunia ketika dilahirkan. Pesakit talassemia major pula akan menghadapi pelbagai masalah sepanjang hayat mereka.

Talassemia beta adalah gangguan genetik darah atau masalah keturunan yang diperolehi daripada ibu, bapa, atau kedua-duanya.

Antara simpton yang biasa dialami penghidap talassemia major ialah:

  • Cepat letih dan lemah
  • Kulit pucat atau kelabu
  • Demam kuning
  • Perut menjadi buncit akibat hati dan limpa membengkak
  • Air kencing berwarna gelap
  • Pertumbuhan dan tumbesaran bayi terencat
  • Bayi meninggal dunia sebelum atau ketika dilahirkan

Beberapa langkah boleh diambil bagi menjalani kehidupan normal.

  • Pesakit disarankan mengambil suntikan vaksin influenza dan pneumonia setiap tahun utk mengelakkan jangkitan
  • Mendapat cukup bekalan asid folik dan Vitamin B12
  • Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala
  • Dapatkan kaunseling genetik jika kedua-dua pasangan adalah pembawa

Petikan dari M*tr* Ahad

1 comment:

armouris said...

info tentang talassemia kat sini - Talassemia Diwarisi