Followers

Monday, April 04, 2005

::rindu kawan::

lagu tadi, mengingatkan aku pada dia. pada sahabat yang ku kenali lama dulu. sahabat yang banyak berkongsi suka duka, pahit maung perjalanan hidup aku. untuk kesekian kalinya, aku menghantar khabar berita. mengharapkan sahabatku sihat sejahtera. mendoakan dia sentiasa berada di bawah lindunganNya.

lama kan? lama kita tidak berutus khabar, sibuk agaknya. masing2 ada tanggungjawab yang perlu dilakukan, perlu diselesaikan. banyak rasanya cerita yg aku nak sampaikan pada dia, sama seperti satu ketika dulu. bertukar cerita, bertukar pendapat, bertengkar, gelak tawa. aduhai, rindunya.

terpandang satu email dari dia satu masa dulu, masih ku simpan sahabat :D

hi mate!
hope u bigger and bigger...
wakakakakkakaa...gurau jerk laaa...

how's life? getting good? hope so laaa..

lama tak nampak....tadi baru 'nampak'...
gua kasik satu lagu utk lu...
"ku persembahkan nirwana" dari elemen...
enjoyyy!!!!


iye, lagu tu. membuatkan aku tersenyum seketika. ada masa aku akan cuba menghubungi dia. sekadar bertanya khabar, berbicara. terima kasih sahabat kerana hadir mewarnai hidup aku.

"kiTe baNYak pERsaMAan yaNg aKAn bUAt gUa tErsENyum pANjaNG" (dia, 2000)

1 comment:

Anonymous said...

mmmm..