"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
Followers
Tuesday, August 30, 2005
::Langit ke Tujuh::
Thursday, August 25, 2005
::Bunga Bakawali::
2 malam lepas aku berkesempatan utk tengok bunga bakawali tu berkembang mekar. 4 kuntum sekali gus. Petang tu siram pokok, dah nampak dah tanda2 bunga tu akan kembang pada mlmnya. Kena tunggu ni, aku dah lama tak tengok. Dalam kol 10 mlm, dah mula berkembang. Try cium, emmm wangi dah. Naik atas balik, layan citer Des Mein Nikhla Hoga Chand (pengaruh serumah ni). Kol 12 lebih aku jenguk keluar pintu rumah. Wah! dah kembang. Subhanallah, cantik sangat2.
Bunga ni pun pernah dikaitkan dengan cerita Tajul Muluk yang diarahkan mencari bunga bakawali bagi mengubati mata ayahandanya, Sultan Tajul Arif. Stelah berjaya merentasi lautan api dan berhadapan dengan Garuda, akhirnya bunga itu dapat diperolehi. Sambungan cerita boleh baca kat sini ye?
Ni gambar bunga bakawali yang sempat ayah aku captured. Gambar2 lain boleh tgk dekat link my photodope ye.
Tuesday, August 23, 2005
::Hari ini datang lagi::
You were my strength when I was weak
Monday, August 22, 2005
::Kahwin Muta'ah::
- Bayaran ganti rugi kerana cerai: Seseorang yang bercerai diwajibkan membayar mutaah kepada bekas isterinya. Ini jika suami yang hendak menceraikan isterinya(bukan disebabkan permintaan isteri). Mutaah itu biasanya separuh daripada mas kahwin yang dibayar dahulu.
- Kahwin mutaah: Seseorang yang hendak berkahwin tetapi hanya dalam tempoh tertentu sahaja. Mereka yang berniat hendak kahwin dalam tempoh tertentu maka tindakkannya salah dan berdosa. Kalau tempoh tertentu itu dinyatakan dalam akad maka perkahwinannya tidak sah. Pendek kata kahwin mutaah adalah haram. Menurut fahaman Syiah,kahwin mutaah ini wajib dan pahalanya besar berdasarkan firman Allah: "Maka jika kamu telah bersenorokan dengan mereka(perempuan)maka berilah mereka upah yang dijanjikan."(An Nisa':24) Mereka fahamkan ayat ini sebagai bermaksud lelaki boleh berkahwin dengan mana-mana perempuan pada bila2 masa dan setelah disetubuhi bayar upahnya,kemudian cerai dan berkahwin lagi kalau mahu. Sistem ini hampir sama dengan sistem pelacuran. Perkahwinan cara ini cukup hanya dengan ada lelaki dan perempuan yang berkenaan,tidak perlu saksi dan wali.
Sebenarnya ayat tadi tidak bermaksud begitu. Upah yang dimaksudkan itu ialah mas kahwin yang dijanjikan. Mereka yang menjanjikan mas kahwinnya tunai, wajib membayarnya sebelum melakukan persetubuhan,tetapi yang menjanjikan mas kahwinnya hutang bolehlah memberikannya selepas bersetubuh. Boleh jadi juga yang dimaksudkan itu layanan yang baik selepas mendapat nikmat persetubuhan. Islam tidak mahu seseorang yang semasa hendak bersetubuh berbaik dengan isteri tetapi selepas selesai dilayannya saperti hamba yang hina.
Sumber 3
Sumber yang ni agak panjang utk aku ceritakan dekat sini. Yang ni agak lengkap dengan perbezaan antara kedua jenis perkahwinan berserta dengan beberapa dalil. Boleh baca dekat sini ye.
Macam mana ye kalau kita tahu pasal benda ni tapi takut untuk memberi nasihat pada yang berkenaan?
Wednesday, August 17, 2005
::Sakit lagi?::
Yang peliknya, aku pun dapat ubat jugak. Moskil tapi BENAR. Selama ni aku duk selalu ngadu sakit bahu gara2 selalu sangat main boling. Tadi suruh jugak dia tengok ape masalahnya. Dia pun suh aku pusing then dia pegang bahu. Aduh..sakit tu. Kebas sebelah tangan kanan aku.
"Ada tulang terkeluar ni"
"Eh ye ke? Kt mana?"
"Acu pegang dekat ni"
"Adeh..deh...deh.."
"Kene 'masuk ni"
Alhamdulillah, kejap je prosesnya. Tapi sakitnya rasa, aku yang tanggung. Dah lama mende ni rupanya, kalo tak silap masa kene teruk dulu hujung tahun 2003. Iye la, sebelum ni aku selalu gi urut tapi takde plk makcik urut tu ckp tulang aku terkeluar. Lepas urut, memang la lega kejap..nnt akan sakit balik. No wonder la tak pernah2 elok bahu aku ni. Balik tadi bahu ku berbalut, kebas tapi selesa. Dulu kalau aku angkat barang berat sikit sure terasa kebas hingga hujung jari. Ada kalanya barang yang aku bawak mcm nak terlepas dari tangan. Berdoa semoga cepat elok la bahu ni. Terus dapat warning dari mak aku "Lepas ni cukup la main2 boling tu" Huwaaaa..sadis tu. Bola, beg, kasut boling aku nak buat ape? Tak kan perap bawah katil je. Kalo jual pun blm tentu laku. Sampai ke hati ko eda nak jual bola tu. Sentimental properties tu..
Dapat ubat Bio Actery utk ditelan. Mungkin utk kuatkan tulang, baru la "Urat dawai tulang besi". Balut balut jugak, keyboard kene tekan. hehehehehe
Monday, August 15, 2005
::Info Sihat::
- Masalah kulit pucat
- Degupan jantung pantas
- Cepat letih
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Kerap berasa pening
- Sejuk dan kebas
Amalan pemakanan seimbang dan kaya dengan zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah. Makan sayur dan sumber protein mengikut sukatan bermakna mendapat zat besi, vitamin B12 dan folat yg mencukupi.
Talassemia adalah gangguan pada genetik darah. Badan individu talassemia menghadapi kesukaran untuk menghasilkan cukup hemoglobin yang menyebabkan masalah kekurangan darah merah (anemia). Kekurangan hemoglobin akan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi dengan cekap kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Talassemia boleh dibahagikan kepada dua iaitu alfa dan beta.
Talassemia alfa major adalah keadaan serius dan biasanya pesakit akan meninggal dunia ketika dilahirkan. Pesakit talassemia major pula akan menghadapi pelbagai masalah sepanjang hayat mereka.
Talassemia beta adalah gangguan genetik darah atau masalah keturunan yang diperolehi daripada ibu, bapa, atau kedua-duanya.
Antara simpton yang biasa dialami penghidap talassemia major ialah:
- Cepat letih dan lemah
- Kulit pucat atau kelabu
- Demam kuning
- Perut menjadi buncit akibat hati dan limpa membengkak
- Air kencing berwarna gelap
- Pertumbuhan dan tumbesaran bayi terencat
- Bayi meninggal dunia sebelum atau ketika dilahirkan
Beberapa langkah boleh diambil bagi menjalani kehidupan normal.
- Pesakit disarankan mengambil suntikan vaksin influenza dan pneumonia setiap tahun utk mengelakkan jangkitan
- Mendapat cukup bekalan asid folik dan Vitamin B12
- Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Dapatkan kaunseling genetik jika kedua-dua pasangan adalah pembawa
Petikan dari M*tr* Ahad
Saturday, August 13, 2005
::Rahsia Hati::
kita berdua
harungi suka duka zaman sebaya
bersama mengejar impian
menuju puncak yg kita impikan
ku begitu jua
sering terkenang
kisah kita
jgnlah ia dipadamkan
ikatan persahabatan
kita memendam rasa
tak mungkin ku lafazkan
kita cuba mendusta
tak pernah ku fikirkan
kita tak mungkin terpisah
itulah janji yg pernah tercipta
lupakan kisah duka
kita cantum semula
rasa yg pernah terbina
dua teman yg setia
jgnlah dipersia
segala yg terjalin indah
tak pernah kita menduga
biar takdir menentukan
segalanya
Friday, August 12, 2005
::Bosan, rindu & bantal busuk::
Then, aku & buha pergi jumpa CikMaz kat Holiday Inn. Sembang2 la apa yg patut, lepas solat kene ke Shahab (bkn inspektor citer hindustan ni) utk amik brg Sureco. Lepas setel, buha nak terus blk Bdr Bharu. Drop kat stesen bas, aku pun naik HBR blk UUM. Penat jugak la sebab dah lama tak naik bas. Heheheeh sempat lagi ni utk aku basuh baju sebelum tayangan Dr Hur Jun. Selesai keje rumahtangga, bancuh air, lepak depan TV layan citer No.2 Persiaran 2.Then Hur jun, then Wong Ng (Siu Ng). Marathon ke eda sampai kol 8? Maghrib tu jgn lupa ye!!
Mlm tadi tiba2 je terasa teramat rindu dekat family aku. Lama sgt dah ke aku duk Kedah ni? ish, kalo tepon rumah sure tak mampu nak menahan kolam aku ni. Baru je retak sikit2, dgr suara mak kang pecah terus. Takpe2, tahan je dulu.
Nak balik pun, aku dah janji pd diri sendiri "Selagi keje blm selesai, ko tak blh balik!".. Kene la aku bertahan dengan janji yg dah aku buat pada diri aku. InsyaAllah eda, mesti boleh. Tinggal sikit je lagi tu. Kuatkan semangat, mohon padaNya supaya dipermudahkan segala urusan.
Malam tadi spt selalunya, bantal busuk kesayanganku menjadi peneman setia..tempat aku melepaskan rindu.
Wednesday, August 10, 2005
::Kristal di G.Keriang::
Hari last mengajar di Kg Gunung Hilir kami bertiga ke Taman Rekreasi G.Keriang. Rasanya tiap2 hari kami pusing2 dalam kawasan taman ni. Pagi ni, berjaya lajak sikit perjalan terus ke kawasan tasik. Subhanallah cantiknya teratai tengah berkembang. Penuh kawasan tasik buatan tu dengan warna merah hati aka maroon. Besar sangat bunga teratai ni, lain sikit dari yg terbentang kat tasik pdg golf UUM ni.
Tengahari, selesai solat Zohor kami ke taman tu lagi (tak pueh hati lagi). Kali ni aku nak beli sedikit sovenir utk dibawa balik buat ayahbonda tersayang. Buha park AES kat tepi, then kami jalan2 dari satu kedai ke satu kedai. Mulanya dah tertarik pd satu kristal ni, sekali aku terpandang pd 2 biji gelas kat atas meja. Ya Allah, bukan ke diorang ni muslim. Terus buat2 tak jadi beli then aku ajak buha ke kedai sblh. Kebetulan kedai ni milik salah sorang peserta kursus yg lebih dikenali dengan nama "Adi Kristal".
"Pilih la cikgu, kami bg diskaun"
"Diskaun 100% la Adi" (saje la kacau dia).
Cantiknya ciptaan Tuhan. Ada satu kristal yg diletak dlm kotak kaca berharga lebih 10K. Mangaiii mahal btol ye. Dah pun dibeli oleh org Melaka dgn harga 5K. Agaknya nak dijadikan batu asas kot. hehehehe mana ku tahu!!
Aku pilih 2 pasu kristal yg dirasakan memang cantik. Satu utk ayahbonda, satu lagi spesel untuknya. Dua2 tu dapat harga diskaun, RM50. Cikgu punya pasal, sanggup kasik diskaun lebih 60%. Yeeehaaa!
Adi keluarkan lagi 3 ketul, "Ni hadiah utk cikgu2". Alhamdulillah, rezeki kami bertiga. Sebelum sambung bab Internet, kak eila kasik sovenir jgk utk kitorang. Batu kaler hijau kebiruan(lebih kurang kristal jgk) yg dia ambik dari Langkawi.
Majlis penutup berjalan seperti biasa. Ada 2 org pegawai dr KEDA, Ketua Pemuda U*NO, AJK2 UMN*. Uih, ramai plk org penting. Kami buat mcm biasa je la. Selesai majlis penyampaian sijil, ada la makan2 (ini tak boleh miss). Bihun goreng Singapore + kek batik. Nyum nyum, best sangat2 sambil pekena teh panas. Selesai semua tu, kami mintak diri dulu. Ada misson lain plk, Dr Hur Jun :)
Bertolak balik dengan membawa kenangan selama 4 hari di Kg G.Hilir tu. Terima kasih semua, semoga ilmu yg dicurahkan dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Thursday, August 04, 2005
::Exchanged it?::
Huwaaaa sume dah tukar dan aku dah maklumkan pada mak aku. Mak tak marah pun, dia cuma ckp ok jgk dah tukar sebab sekarang ni bank pun takmo amik dah duit USD. Kalo tak tukar hari tu, agaknya boleh lagi ke aku tukar lepas² ni?
Tapi, jgn la aku disamakan dengan Mr.Soros tu ye..
Tuesday, August 02, 2005
::Realiti dan Fantasi::
Realiti dan fantasi
Saat cinta bersemi
Bersama berilusi
Di situlah kita
Mengenal ertinya budi
Kasih sayang insani
Dan peribadi
Pada detik yang ngeri
Yang tak pernah termimpi
Ku dibaluti sepi
Kenangan membara lagi
Meracuni hati yang keterlanjuran
Baru kini ku akui
Kau masih milik ku lagi
Dan terus bersemadi
Hingga akhir nanti
Thursday, July 28, 2005
::Berwajah baru ke?::
Mulanya nak biarkan aje blog ni NOT AVAILABLE utk sedikit masa, tapi tak tahan lagi :) kesian aku tgk blog aku. Dah tabiat selalu jenguk blog pepagi hari, tetiba tak jenguk. Lain perasaan tu..
So, this is my new look! Hahahahaha pueh hati aku. Skins ni aku dapat dari BlogSkins lama dulu. Dah aku edit ikut citarasa peribadi, and thanks to the contributor daddyzlildfekt13
Tuesday, July 26, 2005
::Air dan Letrik::
Kalau kat Trg dulu, mak aku ada apply lampu jalan yg nak dipasang kat belakang rumah. RM30/mnth diorang caj. Takpe la, utk keselamatan kami sekeluarga. Then, nak mintak repair pun selalu masalah. Call sana, call sini. Last sekali, dah tak boleh guna mak aku suh diorang cut off je. Itu pun mcm nak marah je diorang dtg uruskan. Ye la, kita komplen rosak dia buat 'dek' je. Bila mintak potong, mcm² hal plk dah. Sabar mak, sabar.
Kat sini pun sama gak la. Kalo notis bekalan letrik or air terputus selalunya kami yg bergelar student ni payah benor nak dimaklumkan. Tau² dah takde. Pagi tadi, masa aku nak masak air. Skit nye syok la duk tadah kat pili tu, mak aiii bila nak penuh cerek ni. Sabar lagi. Maybe ramai org tgh gunakan air pagi² ni. Kelas kol 8, masuk keje kol 8. Alhamdulillah, aku mandi dgn bestnya. Maybe air dari tangki yg tersimpan sejak mlm tadi.
Itu kisah air, ni baru kejap tadi black out la pulak. Elok duk syok edit tesis, gelap tiba². Alhamdulillah untuk aku yg menggunakan ASUS ni, sempat save ape yg patut..Terdengar la keluhan dari kawan² se'lab' ni. Kesiannya diorang. Maybe terlalu byk source di UUM yg nak guna letrik, tak tertanggung kot.
Itu baru beberapa saat eda, ko tak rugi ape pun. Takat network down, gelap kejap takde hal. Kalo kompeni besar2, rugi dah ribu riban tu.. Bersyukur la eda..Alhamdulillah
Thursday, July 21, 2005
::Lapar la::
Skarang ni baru kol 3.50 ptg, tak kan dah lapar kot eda. Perut ape ni? hehehehe nak buat cemana, panggilan perut. Kalau sakit kang, sape nak tolong aku? Tanggung sendiri jugak. Tak nak la terkene g*s**ik lagi. Cukup la sekali je aku berhadapan ngan masalah ni.
Mak pesan, takde duit cakap la. Jangan nak ikat perut tu, balik umah kering je rupanya. Tak mak, kakja makan. Duit belanja pun cukup lagi. 2 3 hari ni duk main masak2 ngan buha. Nampak gaya hari ni main sorang2 la..
Nak balik dulu la, tak larat nanti nak rebut bas ngan student2 lain. Kalau nak jalan, erm jauh jugak. Ni ASUS kesayangan ni nak kene usung balik jugak. Sambil2 tu, nak kene pikir nak msk apa ye mlm ni?
Monday, July 18, 2005
::Keletihan::
but i continue learning.
i never meant to do those things to you.
and so i have to say before i go, that i just want you to know
a reason to start over new, and the reason is you
i'm sorry that i hurt you, its something i must live with everyday
and all the pain i put you through, i wish that i could take it all away
and be the one who catches all your tears, thats why i need you to hear
i'm not a perfect person, i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go that i just want you to know
i've found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you
a reason for all that i do, and the reason is you
letih pulak 2 3 hari ni..sape suh minum ais ni, dah tahu tak boleh tahan.. teringin sangat la, itu pun sikit je. hari ni minum ais lagi, air asam ais yg best dah uummpphhhh dr MALI :D
lagu tu saje la aku letak, sambil2 layan mp3 tadi..
Monday, July 11, 2005
::Sabarlah..::
Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati adalah akar pelbagai penyakit jiwa, punca sakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebimbangan.
Allah swt berfirman, ertinya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'. " (Surah al-Mukmin:60)
Petikan dari Jangan Bersedih (2004)
Monday, July 04, 2005
::Happy Birthday my dear::
Lepas baca reminder..12.02 am
Kek?
Puding caramel ( best ni kalau makan dgn fruit cocktail)
Bunga?
Dah gatal dah nak gi beli, tapi takut kena marah.hehehe
Kad?
My hearts belongs to u..forever
Hadiah?
Kol 6 ptg baru gi beli..Alhamdulillah sempat jugak
Dinner?
Of course la, for u my dear. It's on me..
Rasanya aku patut post entri ni semalam, tapi takpe la. Happy Birthday again to you my dear. Semoga tahun ni akan bertambah ceria dan dimurahkan rezeki olehNya. Doaku agar dirimu sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa. Best of luck!!
Wednesday, June 29, 2005
::Tika dan saat itu::
Semalam, aku sibuk mengemas bilik yang sudah berbau AKI. Sementara tunggu lantai kering terpandang la pada susunan album atas rak. Ringan je tangan ni nak capai satu demi satu album tu. Mula la mengimbau kenangan lama, terasa mcm baru sangat aku lalui semuanya. Album yang dipenuhi dengan gambar² xtvt Kembara Uniutama. Setiap darinya menyimpan seribu (beribu ni) kenangan. Apa yang membuatkan aku seronok adalah menghayati dan mengagumi ciptaan Allah swt.
Salah satu xpdc kegemaran aku ialah KET'TAWA '98 tapi tak bermaksud yang lain tak best. Ekspedisi yang melibatkan seramai 28 org mengambil masa hampir 11 hari bermula di Kampung Raja, Cameron Highlands dan berakhir di Ulu Kinta, Perak. Macam mana tu? hehehe aku cross tulang belakang Malaysia, Banjaran Titiwangsa. Memang best dan best dan best lagi. Aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata². Korang kena try, baru tau macam mana feel dia.
Sepanjang perjalanan, kita boleh tengok mcm mana perubahan sekeliling di kala kita semakin hampir menuju puncak (masa ni AF blom glemer). Dari pokok kecik, then besar² batang balak sehingga la ke lumut dan paku pakis menghiasi sepanjang perjalanan kami. Subhanallah, memang indah ciptaanMu. Kebetulan masa tu tgh musim La' Nina (hujan yang lebat dan tak menentu), trus la kitorang nye moto projek 'Cabaran La'Nina'. Tapi semua tu tak mematahkan semangat kami utk menawan puncak di banjaran ni. Masa kitorang sampai kat Puncak Gunung Korbu, hujan turun dengan lebatnya, termometer catat 2°C. Memang sejuk yang amat. Alhamdulillah, semua sihat dan selamat.
Kalau tak silap aku kat Semenanjung Malaysia ni ada 7 buah gunung (G7) yang melebihi 7 ribu kaki. Aku hanya sempat menawan 4 daripadanya.
Puncak Gunung Tahan (7186 ft)
Puncak Gunung Yong Belar (7155 ft)
Puncak Gunung Gayong (7129 ft)
Puncak Gunung Korbu (7162 ft)
Dan yang ni, aku tak mampu nak pergi :)
Puncak Gunung Yong Yap (7110 ft)
Puncak Gunung Ulu Sepat (7089 ft)
Puncak Gunung Chamah (7112 ft)
Alahai terus teringat dekat korang wahai bebudak kembara semua. Ntah la aku ni mampu lagi tak nak ber'xtvt' yang lasak mcm ni lagi. Haversack Deuter air-contact 40 l aku tu jadik beg utk travel jauh². Kadang² jadi barang pinjaman adik aku yang suka jugak adventure mcm ni. Sleeping bag aku dah ilang ke mana pun aku tak tau. Last aku ingat ada org pinjam. Tapi aku ni bukannya ingat sangat sape yang pinjam. Takpe la, semua tu kira halal. Janji korang guna dan jaga dengan baik.
Album² tu aku tutup dan simpan ke tempat asalnya..lain kali aku pasti akan membukanya kembali..
Thursday, June 23, 2005
::Sepetang dgn Housemate::
Lepas main, turun kat Pusat Dakwah solat maghrib. Perut pun dah berkeroncong mintak diisi. Terus gi ke Queen (tempat feberet ni) untuk sesi makan2. Diorang order Makcik Fried Rice and aku as usual Mee Sup. Mak aii, makan dgn bersungguh2nya. Kenyang perut aku. Lepas tu kitorang dah tak tau nak gi mana dah. Ye la, keluar tanpa dirancang. Abih pikir nak gi mana, kitorang pun decide to go home. Cikyah pun nak balik KL esok pagi, bas 8.30 am. Aku pun dgn best mencadangkan utk pekena cendol kat medan selera PKNK. Nampaknya sume setuju, tapi hampa sebab kedai tutup. Agaknya diorang gi tengok bola kat stadium.
Next stop yang kami pikir, Jo Cendol Pulut dekat Napoh. Aku tak suka sangat gi kedai ni sebab servis dia tak tip top. Amik order pun macam nak paksa2 org, mcm nak gaduh tu. Tapi semalam keranamu cendol, aku singgah jugak la.
Ada insiden yang membuatkan kitorang gelak sib baik tak pecah perut.
CY : Aduh, sakitnya gigi saya.
TAA: (dgn kompidennya) La, apesal tak order cendol suam
AES: kahkahkah ada ka cendol suam? Biaq btoi hang ni
TAA: btol la ada heheheehe. time bulan pose, kalo kita buat sendiri cendol pior tak buh ais
Makin besar la gelak kitorang sebab dengan ikhlasnya aku explain benda2 tu. Bengos ape ntah semalam. Sampai UUM semalam pun dah kol 10.30, solat isya' then layan Puteri Impian. Fuh, mampu lagi aku celik mata tgk citer tu. Tapi, sempat CD1 je la ;)
Pagi tadi, aku kejar bas CY sampai ke Alor Setar. hahahaha tak sampai 24 jam, aku kembali ke AS semula. Penat ni, tapi takpe kebetulan hari ni Thursday yg half day. No big deal. Apa la barang yg aku nak pack utk bawak balik esok pagi ni.
p/s aku masih tertanya2, tak best ke cendol suam? :Þ
Sunday, June 19, 2005
::Happy Father's Day::

Ni la ayah eda..En Hussin b. Mohd. Beliau dilahirkan pada 10 September 1952 di Terengganu. Dulu ayah bekerja sebagai pegawai teknik di Telekom, bermula 1 Mei 2005 dengan rasminya ayah berehat di rumah. Tapi, macam ada bisnes or projek ngan kawan2 dia. Nampaknya, tak duk diam jugak la ayah eda ni.
Selamat Hari Bapa untuk ayah yang sekarang ni berada di Terengganu. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati ayah dan semua keluarga kita. Ampun dan maaf kak ja pinta andai ada silap dan salah. Halalkan makan dan minum kak ja. Pengorbanan dan jasamu sentiasa dalam ingatan. Tunjuk ajar dan didikan ayah yang lembut tapi tegas membolehkan kami adik beradik berjaya hingga ke hari ini. Sayang ayah, mmmuuuaaahh..
Tak lupa juga kepada semua bapa, ayah, walid, babah, abah, abi, apu, papa, daddy di seluruh Malaysia. This is your day!!
Hargailah dia ketika masih ada, kenanginya jika dia sudah tiada..