Followers

Saturday, May 28, 2005

::For u my friends::


I know that you and i will be friends forever more
and will be there for one another
whatever life has in store

Because we have the kind of bond
that no one can erase
and we know exactly how to put a smile
on each other's face

We each know when the time is right
to share our point of view
and when sometimes..
saying nothing is the nicest thing to do

No matter what the future holds
i will always be so glad
because you're one of the very best friend
i could ever have

Wednesday, May 25, 2005

::From Faber Tower with Love::

hehehe lepak kat Faber Tower jap tingkat 16. Saje la ni... tak sempat citer panjang la. Nanti aku update ye.

Semalam ARL Bowl, 5 game. Highest pun 177 je..thanks to kak ina and my laling. Semalam tido tak ingat nye la :) letih btol badan ni..

Thursday, May 19, 2005

::Bz ngalahkan menteri je::

Rasa macam banyaknya plan untuk sepanjang minggu ni hingga ke hujung bulan. Harap2 semua berjalan seperti yang dirancangkan.

19 Mei 2005 : Hepi birthday to Buha
20 Mei 2005 : Jalan2 ke Arau, tengok baby
21 Mei 2005 : Kenduri Noorul & Hanis
22 Mei 2005 : Cuti Wesak (kalau rajin, aku datang lab la. Kwn2 ramai nak dtg umah ni)
23 Mei 2005 : Naik bas ke KL ngan Aya
24 Mei 2005 : Melawat Mak Long kat PJ, nak suruh dia check grammar thesis
25 Mei 2005 : Janji jumpa Hana (bakal pengantin)
26 Mei 2005 : Naik bas balik UUM
27 Mei 2005 : Sampai UUM, rehat dulu sehari
28 Mei 2005 : Naik bas balik Terengganu
29 Mei 2005 : Kenduri Hana & Dib (sori aku tak boleh pergi)
30 Mei 2005 : Rehat kat Terengganu sambil bawak Buha jalan2
31 Mei 2005 : Kenduri Shakira & Alias

Alamak penatnya rasa. Takpe2, demimu wahai kawan2 ku. Selamat Pengantin Baru pada kawan2 aku yang akan mendirikan rumahtangga. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Apesal thesis aku tak termasuk dalam jadual ni? Aduhai, kene tukar lagi ni

Wednesday, May 18, 2005

::Dah nak cecah 10 tahun::

Banyak dah suara2 yang duk suruh aku update cerita baru kat blog ni. And for me yang di tengah2 kekontangan idea tak mampu nak fikir topik2 yang menarik untuk dibualkan. Makin hari makin sayang, eh eh silap. Makin hari makin sibuk. Nanti aku akan bercuti panjang daripada mengadap research ni. Amboi2 eda, masih sempat bercuti ye? Bukan saje nak cuti, aku memenuhi undangan perkahwinan kawan2.

Isnin baru ni kawan aku, I.da datang UUM ngan family husband dia. Untuk ape? Adik ipar dia mendaftar kat Matrikulasi Changlun ni. So, diorang stay kat rumah sorang lagi member baik aku, Maya kat rumah Felo Kolej Eon. Makin comel kawan2 aku yang tengah mengandung ni. Berseri2 btol la, seri bakal ibu :)

Bersembang la kitorang pagi tu sambil ditonton oleh husband Maya. Sori la Faizal sebab tetiba kitorang mengabaikan awak. hehehehe. Tetiba Maya bersuara, "Eh korang, hari tu sembang ngan Pjot. Dia ada tanya tahun depan dah 10 tahun kita kenal, tak nak buat reunion kat mana2 ke?". Pejam celik dah dekat 10 tahun kitorang kenal. Diorang semua dah berumahtangga. Aku? Nantilah dulu, ada masa aku fikirkan ye. Perkenalan bermula di kelas 1.07 tingkat 3 bangunan SPAU. Kat situlah kelas kitorang masa matrikulasi dulu. Dari situlah persahabatan kami dicipta, disulami dengan kenangan2 yang pahit dan manis. Tahun depan, 2006 genaplah 10 tahun ye korang? I.da, Maya and Pjot, terima kasih atas persahabatan ini. This goes to my dear roomate too, sayang ko Cuya..

2006, banyak yang bakal berlaku tahun depan. Tapi kita hanya mampu untuk merancang, ketentuan dan ketetapan adalah milik Yang Maha Esa. InsyaAllah sahabat, mungkin kita akan berkumpul semula tak kira di mana, bila dan bagaimana keadaan kita nanti. Sayang korang..mmmuuuuaaaaahhhhhh

Sunday, May 15, 2005

::Selamat Hari Guru::

Esok dah 16 Mei 2005, ada satu event yang selalu rakyat Malaysia sambut. Hari Guru, ye hari untuk kita mengenang dan mengingati pengorbanan guru-guru, cikgu-cikgu yang banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan pada kita semua. Indahnya pengalaman insan yang bergelar guru, pendidik anak bangsa. Tak pernah kenal erti penat lelah dalam mendidik dan memartabatkan ilmu pengetahuan.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu yang telah dicurahkan pada aku. Dari kecil aku dididik, dilimpahi dengan ilmu pengetahuan. InsyaAllah akan aku gunakan segala ilmu ini ke jalan yang benar. Bermula dari Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek (3 bln je), Sekolah Menengah Sains Dungun, Matrikulasi, Degree, dan kini MScIT di UUM. Terima kasih pada semua tenaga pengajar. Pada aku, lecturer juga seorang guru..boleh kan?

Dah banyak nama2 cikgu yang aku dah lupa. Aku mintak maaf. Jika dibelek-belek sejarah silam mungkin ada yang masih aku ingat. Ada juga di antara cikgu aku yang dah meninggal dunia. Doaku semoga rohnya sentiasa tenang dan dirahmati Allah.

Pada keluarga, sahabat-sahabat aku yang bergelar pendidik, Selamat Hari Guru aku ucapkan. Terima kasih cikgu..Jasamu akan ku kenang

Wednesday, May 11, 2005

::Kena sergah::

Aduh, dah lama aku tak kene sergah ngan sesiapa ni. Tetiba satu petang, bagai nak luruh jantung aku ni.

Hari isnin, dalam pukul 6 lebih aku ngan Cikyah gerak balik rumah. Hari tu kami jln kaki sambil hirup udara petang yang segar. Keluar dari lab, kunci grill then jalan keluar. Terdengar bunyik segugus kunci dr bahagian depan lab, dan hati aku kuat mengatakan tu bunyik kunci sorang lecturer yg aku cukup risau untuk bertembung. Cemana ni, buat tak tau la. Kitorang terus je jalan sambil ngumpat sikit2 (tak baik btol la). Tetiba, lecturer tu pusing tgk kami, cover2. Buat2 la garu2 dahi skit utk cover muka. Kecut gak perut aku ngan Cikyah. Sambung sembang lagi lepas tu, elok je nak langkah keluar dr satu pintu kat tangga ni..

Astaghfirullah al a'zim, sakit jantung aku ngan Cikyah. Rasa darah tak sampai ke muka pun, tersirap (Izhar, 2005). Dua2 mengurut dada menenangkan hati yang dup dap dup dap ngalahkan enjin keretapi ni.

Kucing..oh kucing, jangan buat lawak camtu lagi ye. Elok plak dia jenguk kepala kat tepi tangga tu. Aku duk bayangkan kasut si lecturer tu je. Cikyah lagi best, ada ke membayangkan kepala lecturer tu jenguk kat tepi tangga. hahahhahaa lawak btol la. Kucing tu pun terkejut tgk kitorang ni. Ye la, elok je aku duk sembang ngan Cikyah pasal lecturer tu, tetiba je nmpk plk kepala kucing jenguk kitorang. Kalau korang la, tak ke terfikir yang lecturer tu akan patah balik?

Aduhai, rasa macam tak berpijak pada bumi yang nyata. Petang tu kitorang balik dengan penuh debaran dan gelak ketawa. Dan semalam, duk imbas balik kejadian ptg isnin tu. Haru btol!

Monday, May 09, 2005

::moody tak hari ni?::

Pakai baju kaler purple
Tudung pulak kaler oren
Eh eda hari ni buat ape
Takde ape, aku main2


Ape nak jadi ni eda? Takde la, sakit ni. Luka lama berdarah kembali. Hehehehe takde ape2 la. Injured lama terasa balik ni. Sabtu baru ni aku g Alor Setar ngan housemates then ke rumah mirul melawat Prof Zol. Lepas tu ape lagi, bowling we go! Aku, Buha, Maya, Arip n Am. Kami berlima, tapi yg main aku, maya ngan arip je. Ntah macam mana aku baling bola tu, terasa kat bahu ni. Ada sedikit 'tangkap' kat urat belikat aku, trus ke lengan. Dalam hati duk doa dah, jgn la sakit yg dulu terkena lagi.

Balik uum mlm tu, aku sapu minyak panas. Tapi hari ni mcm lagi sakit je. Badan pun dah rasa lain macam. Selalunya kalau sakit urat, kita akan demam. Patut la hari ni terasa 2 3 macam. Tahan ye eda, blk jap gi try urut lagi.

Sunday, May 08, 2005

::Selamat Hari Ibu::

Pagi tadi celik mata rasa nak telefon ayah, nak cerita pasal planning nak gi KL dan kenduri kawan2 di merata tempat.hehehehe

Ayah bgtahu dia ada dekat hospital dengan mak. Aduhai, sape pulak yang sakit ni? Pak Din, adik ayah nak kene operate hari ni. Luka akibat sinki toilet jatuh atas kaki dia makin teruk. Darah still keluar tak henti2. Sebelum ni dah 2 kali dia keluar masuk hospital, tapi luka tu still koyak balik. Macam air pancut, kata ayah. Ngeri jugak tu. InsyaAllah hari ni doktor nak operate cari salur darah mana yang problem. Kalau jumpa, bleh try sambung. Kalu tak, dia akan ikat salur darah tu. Sempat sembang ngan Pak Din kejap, then cakap ngan mak.

"Mak, selamat hari ibu."
"Makaseh."

Tiba2, line putus. Takpe la, lagi pun diorang kat hospital. Karang mengganggu pulak patients lain. Patut la semalam seharian aku tak berapa selera nak makan. Ish, instinct ke? Aku tak pernah realized benda ni cuma time ada berita buruk ke, something wrong somewhere ke mesti jantung aku ni dup dap dup dap tak tentu pasal. Makan pun tak lalu dah time tu, kepala duk pikir macam2 kemungkinan. Selalunya aku akan istighfar banyak2.

Ni lagu Burn AF - Kasih Ibu sesuai ngan tajuk entri aku kali ni. Terima kasih mak kerana melahirkan kak ja, mendidik dan menjaga kak ja sehingga bergelar insan yang berguna. Maafkan salah silap kak ja ye. Aduhai, tadi kelu nak ucapkan benda2 ni. Bukan ape, takut berderai air mata mak ngan anak. Sensitif btol la hang eda!

Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Korus:
Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh

(Ulang semua rangkap)

Bridge:
Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya
Ohh...

Thursday, May 05, 2005

::Banyak kali try ni::

Beberapa hari yang lepas, aku ada la try posting review cerita arahan Afdlin Shauki ni. Tapi elok2 je aku click butang Save as Draft ada masalah. Angin jugak la rasa sebab dah panjang aku ngarut pasal cerita ni. Hari ni, benda yang sama berlaku lagi. untuk kali keberapa ntah, aku try posting jugak review ni

Masa balik Trg tempoh hari, adik2 aku dah goda suruh aku tengok jugak cerita ni. Ape la yang best sangat? Banyak la dialog2 dlm cerita tu yang diorang duk sebut2. Akhirnya, sehari sebelum aku balik ke sini, aku berjaya mengadap Kelibat.

Cerita dia ok je, ada part lawak, seram (skit je ni), suspen, kreatif, tak logik (tu biasa la). Afdlin berjaya menerapkan elemen2 baru dalam cerita ni. Lebih kreatif berbanding cerita2 seram yang lain. Cerita ni mengisahkan Afdlin dan partner dia Riezman yang bertanggungjawab utk menghasilkan satu cerita seram. Memandangkan sekarang semua production menerbitkan filem seram, bos mereka (Jeslina Hashim) cuba untuk menerapkan elemen yg sama pada filem terbitan baru productionnya. Bagi Afdlin yang biasa menerbitkan rancangan dokumentari, beliau merasakan adalah perlu untuk menghasilkan satu filem berdasarkan kejadian sebenar.

Disebabkan oleh ketandusan idea, dia dan Riezman telah membuat iklan kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman dlm kejadian aneh atau mistik. Seorang pekerja hotel bernama Ping Ping akhirnya menghubungi mereka mengenai satu kejadian aneh di hotel tempat dia bekerja. Berdasarkan cerita Ping Ping terdapat satu kejadian yang sehingga kini menjadi misteri di hotel tersebut. Seorang pekerja bahagian house-keeping telah mati dibunuh di tingkat 15 hotel berkenaan. Selepas kejadian itu kelibat Tanti (Sofea dlm cerita Raflesia) kelihatan berkeliaran di Tingkat 15. Afdlin dan Riezman telah berkampung di tingkat 15 bagi mendapatkan cerita sebenar berkenaan kejadian Tanti yang mati dibunuh. Pelbagai kejadian suspen dan menyeramkan yang telah dialami sepanjang mereka berada di tingkat 15.

Pengurus hotel, Mr Tan telah cuba mendapatkan bantuan dr seorang bomoh (lakonan Din Beramboi) bagi menghalau kelibat Tanti. Part ni memang best la, ada je idea bomoh tu nak kenakan Mr Tan. Salah satu dialog yang aku ingat "Mintak maaf..Tanti.." hehehe sambil2 carik reception yang bagus dgn memusing antena daun kelapa kat atas kepalanya.

Afdlin dan Riezman telah berjaya membongkarkan kejadian sebenar kematian Tanti dengan bantuan dr kakak Jes (lakonan Shahira) yang mampu berkomunikasi dengan roh. Pembunuh Tanti berjaya dijejaki dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang Afdlin dan Riezman menemuramah beberapa orang pekerja hotel tu termasuk Ping Ping, Mr Tan, Pengawal Hotel, dan Bell Boy hotel tu. Unik jugak la jalan ceritanya. Adik aku cakap lebih kurang cerita Entity, tapi aku pun blm tengok lagi cerita tu. Kalau tengok Entity, boleh lagi paham la scene dlm cerita Afdlin.

Banyak jugak la yg tak disangka2 berlaku dalam cerita Kelibat ni contohnya kemunculan watak Yanti (lakonan Nadia jugak). Boleh kot korang agak cerita ni macam mana. Meh la aku cerita ending dia. Rupa2nya, selama ni kelibat yang kelihatan dekat tingkat 15 adalah adik kembar Tanti iaitu Yanti yang berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar kakaknya. Yanti jugak la yang mengganggu pekerja dengan panggilan2 telefon dari tingkat 15. Tertipu jugak la rasa, nak gelak pun ada. Ping Ping membunuh Tanti disebabkan perasaan cemburunya setelah teman lelaki Ping Ping jatuh hati pada Tanti. Perhubungan Tanti dan pengawal hotel tu terlanjur dan menyebabkan Tanti mengandung 4 bulan. Tanti dibunuh oleh Ping Ping dlm bilik mandi salah sebuah bilik di tingkat 15. Sejak dari kejadian Tanti dibunuh, tingkat 15 telah ditutup kepada penyewa hotel.

Sesapa yang tak tengok boleh la tengok, untuk lepas tensen ok la. Tak berat sangat pun ceritanya, lawak pun ada. ok ye, have fun.

::Problem ke?::

Hari ni try posting. Tapi ada masalah "the blog you were looking was not found" ilang ke blog aku? seingat aku semalam tak edit ape pun, tak delete pun.

Ape tandanya tu? Buat keje la eda, asyik blogging je

Tuesday, May 03, 2005

::BERTAKHTA DI HATI-Farah Dhiya::

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

*
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat...lihat..
Ke dalam matamu
Cintamu bertakhta (di hati)

**
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta

Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Ulang *

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya..
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Ulang **

Monday, May 02, 2005

::Gelora Jiwa::



Novel penulisan Aisya Sofea kali ni banyak perbezaan dengan novel2 beliau yang lain. Namun begitu, ceritanya masih berkisar kepada warna warni, asam garam kehidupan manusia. Pada aku, Gelora Jiwa satu hasil yang baik daripadanya. Kalau tak best, masa kan aku sanggup 'tongkat' mata aku sampai kol 3 4 pagi semata-mata nak habiskan cerita tu. Nak berenti baca sambung esok, tapi tak berjaya nak menahan gelora hati (eceh..) untuk mengetahui kesudahan ceritanya.

6 tahun yang lepas, Intan Azureen ditunangkan dengan sepupunya sendiri atas arrangement ayah dan mak longnya. Intan merupakan seorang ketua kerani di salah sebuah syarikat di tengah2 kota metropolitan. Setiap hari Intan ke tempat kerja dengan menaiki bas. Pada suatu hari berlaku satu insiden yang akhirnya mengubah corak kehidupan dia selama ini. Gara-gara diganggu oleh seorang lelaki yang berumur ketika berada di dalam bas telah menemukan Intan dengan Hanif Ashman. Hanif, seorang lelaki kacak, berambut kemas yang mempunyai sepasang mata yang mampu memberikan ketenangan kepada Intan di kala itu. Pada asalnya cuma bertujuan untuk berlakon dan mengusir lelaki miang bertukar kepada bibit percintaan (DAP jugak ni).

Hanif merupakan seorang anak yang baik dan taat kepada kedua ibu bapanya. Disebabkan hasratnya untuk memperisterikan seorang gadis semasa di UK menyebabkan Hanif dibuang keluarga. Sejak dari itu beliau tidak lagi berjumpa atau bertanya khabar berita mengenai keluarganya. Walaupun baru mengenali Zureen, Hanif telah menyimpan hasrat untuk menjadikan Zureen sebagai teman hidupnya.

Namun begitu, langit tak selalunya cerah, mak long Intan datang berbincang dengan ibunya agar pernikahan Intan dengan tunangnya, Hanif Azman disegerakan. Intan tersepit dan keliru di antara keluarga dan kehendak hati. Di kala dia mula menerima cinta dan perhatian dari seorang lelaki bernama Hanif, kini dia terpaksa mengalah demi menepati janji arwah ayahnya dengan keluarga mak long. Azman, seorang lelaki yang agak agresif tidak pernah sekalipun bertanya jauh sekali untuk datang berjumpa dengan Intan. Nama saja bertunang, batang hidung pun tak pernah nampak.

Kini, Intan terpaksa berusaha untuk menjauhkan diri dari lelaki idamannya. Walaupun Hanif sedar akan hakikat Intan tunangan orang, dia masih lagi ingin mencuba nasibnya untuk memperisterikan Intan. Sehinggalah pada satu hari semasa mereka keluar berdua dan terserempak dengan Azman. Intan dimarahi dengan teruk oleh Azman atas alasan menduakannya. Keesokan harinya, mak long datang lagi berbincang dengan keluarga Intan. Pernikahan perlu disegerakan. Semua persiapan mula dibuat untuk melangsungkan perkahwinan anak kesayangan mak long.

Intan hanya mampu berendam air mata mengenangkan nasibnya. Hendak diluah mati bapak, ditelan mati emak. Intan pasrah menerima ketentuan dariNya. Pada masa yang sama, Intan Zureen masih menaruh harapan agar Hanif mempertahankan cinta mereka. Sejauh manakah cinta dan kasih sayang mereka mampu bertahan?

Heheheeh aku tak nak cerita dah yang selanjutnya. Nanti korang tak beli buku ni, penat aku promote. Harga buku ni dalam RM 17.00 sahaja, mampu dimiliki. Oh lupa, dalam novel kali ni ada juga watak2 dari novel beliau yang lepas seperti Farah Wahida dan Lukman Hafizi. Tu watak dalam novel Jendela Hati, kalau tak silap la.

Tadi masa ronda2 dekat site Alaf21 carik novel2 yang lain terbacalah berita pasal 'kemasyhuran' novel Gelora jiwa ni. Berita tu boleh dibaca di sini

p/s: sori, tersilap nama watak. Actually Intan Azureen, bkn Intan Zureen

Saturday, April 30, 2005

::Mana aku ilang::

Hilangku bersebab, ketiadaanku diharap, eh silap (ada yg mengharapkan ketiadaan aku ke?). Ntah, tak reti aku nak reka ayat yang best sikit.

Sepanjang minggu lepas, aku sibuk lagi dengan Kursus Iterasi Komputer. Kali ni bertempat di KEDA Kg Semeliang, Kuala Nerang Kedah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sejak dari hari pertama (25 April) hinggalah hari akhir (28 April). Penat? Tipu la kalau tak penat. Biasa la tu, ditambah dengan jarak perjalanan nak ke sana membuatkan aku, buha, and alizam bertambah penat. Namun begitu, masing2 seronok menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada yang memerlukan.

Setiap petang kepulangan kami diiringi lagu2 yg best dari SinarFM. Kedengaran la suara2 kecil mengikut rentak lagu2 yg dikeudarakan. Tak kurang jugak yang mencuba nasib sebagai penyanyi latar. hehehe kenangan yang best bersama korang.

Semalam, seperti sebelum2 ni setelah selesai kursus komputer tu aku ngan housemates akan ke Alor Setar. Bila poket dah berisi, mula la ringan je tangan ni nak kosongkan balik poket tu. Bayar bil telefon itu yang utama. Hajat hati untuk mendapatkan novel tulisan Liana Afiera Malik - Bukan Puteri Lindungan Bulan tak kesampaian memandangkan harganya mampu untuk aku gunakan bagi mendapatkan barang keperluan yang lain. InsyaAllah, akan aku dapatkan jugak. Bukannya aku tak pernah baca, cuma nak jadikan sebagai koleksi peribadi aku. Ronda2 dekat Popular, terpandang la pada novel2 terkini keluaran Alaf21. Alahai, tergoda betul ni nak beli satu. Akhirnya aku 'tangkap' satu novel hasil tulisan Aisya Sofea - Gelora Jiwa

Best ke? hehehehe two thumbs up for novelis tu. Semalam aku berjaya menghabiskan novel tu dengan bestnya. Ada masa nanti aku ceritakan ye. Ni ada satu ayat yang aku suka dari penulisan beliau "Cinta tak pernah tunggu orang. Kalau dia nak datang, dia datang aje." Betul ke benda ni, korang sendiri la bagi jawapan ye :D

Tuesday, April 26, 2005

::Kena ada tajuk ke? ::

Pagi 24 hb aku sampai dr Trg dekat kol 9.30 pg. Gila, 12 jam tu aku duk dalam bas. Leper dah rasa, pinggang pun sakit. Perut ape tah lagi, lapar ni. Biasanya aku akan amik tiket direct ke Changlun. Disebabkan kecuaian aku sendiri, tiket abis. So aku pun amik je la tiket yg kena lalu byk tempat Butterworth, Sg Petani, Alor Setar, Changlun, Kangar, Kola Perlis. Mau tak 12 jam.

Seat dia agak sempit kalo nak dibandingkan dengan Super VIP yg selalu aku naik. hehehe yg tu 2+1 seat, mmg la selesa. Terima kasih to Buha coz sudi jemput aku kat changlun pg tadi. Ingatkan nak tunggu je bas HBR yg masuk UUM, pahtu dia cakap nak tolong amik aku. Aku ikut je, thanks a lot. Sori dah susahkan hang utk ke berapa kali ntah? Bekpes dulu kat kedai Pakdin sambil pekena roti canai telur+air kopi ginseng. Alhamdulillah, kenyang rasanya.

Sampai Maybank, mandi2 then siap2 utk makan t'hari pulak. Eh, makan lagi? Iye la, makan, kali ni makan kat lego. Aku tak makan sebab duk terasa lagi roti telur tu mengembang dalam perut aku. Order air carrot susu, then lepak la ngan kawan2 lain sambil pau koteaw sup buha. Buha lagi yg kena hehehehe sori ye.

Ada sikit sok sek sok sek yg aku terdengar. Ish, aku pun dah tahu la, nak sembunyi apenya? Tak paham jugak la aku pun. Buat2 biasa je la kan? Setahun, jangka masa yang lama tu..aduh dup dap jugak la. Tertanya2 mcm mana la aku nanti bila berhadapan dgn situasi tu. InsyaAllah ok je.

Dan tadi, "Assalamualaikum..Hai.." ooppps, mcm biasa aku dengar je ni. Ye, selepas setahun..tiba2 lidah aku kelu utk berkata2

Hai sahabat, lamanya tak nampak. Banyak sebenarnya yg aku nak bualkan, nak aku tanya. Khabar, kerja, research. Takpe la, aku ada sahabat2 yg sudah pun sudi bertanya yg ku andaikan bagi pihak aku. Tak tahu nak ber'aksi' macam mana. Senyum, diam, tu je yang termampu masa ni. Maafkan aku sahabat andai terasa seperti aku sengaja berkeadaan begitu. Congrates ye, sudah berbaloi usaha selama ni. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar, dah lepas satu stage kan?

Dan, hari ni berlalu dengan seribu satu kenangan lalu..

Sunday, April 24, 2005

::piknik piknik::

Dengan berjayanya aku and family berpiknik kat pantai Batu Buruk on friday hari tu. Kononnya nak gi awal pagi, tunggu punya tunggu sume bangun, last2 kol 9 jugak baru gerak. Aduh, panas cuaca hari ni. Macam mana nak mandi manda. Aku cukup tak suka nak mandi kalo panas sangat2. Mau hangus muka kaki tangan aku ni. Tengok la macam mana, kalo tergoda ngan adik2 anak sedara aku tu, terjun jugak dlm laut.

Sesampai kat sana, aku mula mencari port yang sesuai untuk letak tikar ngan bekalan yang dibawa. Mak masak nasik kuning lauk sambal ikan bilis, ada sandwich, burger ayam buatan nana, kudap2, air sirap, air masak. Dah siap bentang, sume nak makan dulu. Ye la, tadi kat umah sume takmo makan lagi. Cedok la nasik sepinggan sorang, dan telan la. Adik lelaki aku jd first person yg gi terjun laut. Hadif, anak sulung abg aku dah kalut dah. Suap nasi pun tak sabar2, nak join pakcik dia la tu. Lepas tu, nana, dik su, ayah, ngan hadif turun ke pantai. Tak lama lepas tu, hasnor bwk Haikal plk join the crowd. Tak sampai 5 minit dah naik blk. Rupanya si Haikal takut dengan air laut. Agaknya kuat sangat ombak tu. Ye la, kalo pepagi tadi memang la ombak sedikit tenang.

Then, aku pulak try dukung Haikal tapi tak berjaya. Sakit telinga aku dia jerit coz takut aku humban dia dlm laut. Aku pun patah balik bagi dekat ibu dia then ambik payung la join diorang. Payung? Cesh..manja sgt la pulak. Takde la, panas sangat la hari tu. Hilang mood aku nak mandi. Tengok je la diorang mandi sambil gelak2. Aku ngan Hadif lepak bawah payung je. Ingatkan si Hadif ni kental, rupanya takut jugak mandi laut. Kesian jugak, muka dia dah lain dah. Cuak gitu hehehehe sian anak sedara aku.

Tak tahan panas, dekat kol 11 kitorg dah packing nak balik. Kepala aku pun dah nyut nyut ni. Sampai umah, lepak jap then gi mandi. Hehehehe tadi blom mandi lagi. Hajat hati nak mandi air laut, tp tak berjaya.

Wednesday, April 20, 2005

::sejambak bunga?::

Pagi semalam selamat sampai gong kapas kol 5 pagi di waktu pagi :D Calling2 adik kat umah suh dtg jemput kat bus station. Sian dia, muka ngantuk btol. Takpe, utk kakak tersayang hehehe.

Sampai umah, aku terus masuk bilik letak beg ngan kotak barang aku. Mata aku terpandang sesuatu yg menarik perhatian. Wah! sejambak bunga mawar terbaring dgn bestnya kat atas katil aku. Mang aiii..cantiknya, sape kasik ni? Tak kan laling pos dr PJ kot :Þ hehehe SA mana plk ni bg bunga. Tau2 je aku nak balik Trg ni. Banyak plk aku nye soal kan, org dah bagi ucap ape eda? Terima kasih wahai SA ku..

Dah lama aku tak terima bunga mcm ni. Dulu? Tu dulu la, ada jugak dapat utk spesel okesyen. Ni sejambak besar ni, mana nak dpt lain kali. Mawar merah ada 7 kuntum, dibalut plastik putih+kuning+hijau+purple, riben kaler kuning. Sejuk mata aku memandang. Terharu plak rasanya.

Lepas duk layan syok sendiri, aku keluar mencari AKI. Aki..meh sini. Ala rindunya aku kat kucing AKI ni, makin sihat. Tapi apesal bulu dah nipis ni? Disebabkan dia geram ngan aku, dah ada dah cakar2 manja yg melekat kat lengan ngan tangan aku. Sakit jugak ni, timbul urat2 tgn aku. Nasib la AKI tu aku sayang, kalu tak mau dah kene dah dia.

Lepak kejap then mata aku tak larat celik dah. Semalam dalam bas takleh nak tidur sgt. Ada la 2 org mamat ni skit punya meriah bersembang sampai lupa kat org lain. Yang lagi best, dia duk depan seat aku plk tu. Pantang bas berenti, mula la dia bersuara. Takat aku je blh dgr takpe la, ni satu bas rasanya blh cam suara dia. Kaco btol la, tp nak buat cemana lagi. Dia bayar tiket, aku pun bayar tiket. sabar je la eda.

Esok, anak2 sedara aku akan blk Trg. Aku ada gak plan nak bwk diorang jenjalan sambil piknik kat pantai. Sekali sekala bg diorang kenal skit tanah tumpah ayah diorang. Jom sape nak piknik?

Monday, April 18, 2005

::bila hati terusik::

Image hosted by Photobucket.com
hei, diam je
ntah la, sedih kot
ape nak sedih ni?
ntah..mcm ilang sesuatu
ilang ape lagi ni?
sahabat..sahabat baik
apasal ko nak sedih, bukan tu yang kau mintak selama ni?
aku tak mintak dia ilang, tp mcm..ntah
sudah2 la tu, doakan aje
ya, aku doakan dia setiap masa
kan elok mcm tu. ko marah lagi ke?
marah? dah lama aku maafkan dia. tp dia..
dah la tu, basah dah ni
apa yg basah? sikit je la
sikit ko kata? dah kuyup ni
ye la ye la, tak boleh nak stop ni
ko ni, dia dah happy dah skrg ni
aku realized benda tu, aku tumpang happy jugak.
dah tu, nak sedih ape lagi.
tak la.
tak nak ngaku lagi tu..
a'ah btol, dah ok
ada benda yg ko pendam lagi ni, aku tahu
ape ko tahu? perasaan aku bukan perasaan ko hehehe
ye ke?
ok la, ko pun terlibat sama
aku boleh je terima hakikat ni
aku takut nak terima kot.
dah la, buruk sgt la nengok
nampak ke?
eh, dah dekat ngan ko, tak kan tak nmpk
ye la, ko je yg memahami
tahu pun..dah la ye sayang
iye,aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dia dgn owank lain
alhamdulillah..semoga ko juga menemui kebahagiaan
insyaAllah..
lega dah?
apesal ko tanya lagi ni?
tak la, mcm tak pueh hati lagi
kena la aku belajar2 terima, takde jodoh antara kami
ok la ye..
ok, thanks..
ye la, mmuuaahh jg diri ye
sama2 la kita :D

Sunday, April 17, 2005

::Bila rindu::

di keheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg disayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kenal
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

*
bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini
bawa ku dlm pelangi,melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena, ku rasa kita bersama, kau bawa aku ke sana
ke alam kisah yg lama, kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula, di sisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa, ingin ku luahkan semua

ulang *

sesungguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormat menghormati, ikhlas, kasih,
sabar, insyaAllah kita akan bertemu semula

awan yg mencas semesta
menyampaikan pesan kesunyian di kala sendiri
kesepian yg menyelubungi hari-hari ku
disajikan doa2 ku di kala rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku, fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping, di setiap corong, lorong, yg lohong
benar!ku tak bohong, bila hati menyanyi..

bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
ooohhohhoo
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas

oh bila rindu, terkenang mu sayang., ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
jauh terbang diriku melayang

aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini
bawa ku dlm pelangi melepasi batas diri ini..

Saturday, April 16, 2005

::Bowling oh bowling::

hehehe gelak dulu sikit. Aduh, rindu gila aku nak main bowling. Lama dah tak menggolekkan bola aku ke lantai tu. Last aku main, erm tahun lepas. Tu pun bukan guna bola kesayangan aku, pakai house ball je. Nak buat mcm mana lagi, masa dtg kedah hari tu tak larat la nak ngusung beg boling aku tu. Berat la, dgn bola 12lbs. kasut lagi, beg baju utk stay kat kedah, beg notebook, kotak buku. Omang aii, mcm nak pindah ke sini balik ka? Last2, aku pasrah meninggalkan beg boling aku. Pergi ku menunaikan tanggungjawab sebagai sorang student, bukannya nak gi berehat sambil main boling.

Last thursday, dengan berjayanya aku main 5 game. eh 5 ke 6 ye? Lupa plk aku sebab tak perform sgt kot. Ptg khamis tu aku follow sorang adik ni balik umah dia kat Alor Janggus. First time gi umah dia, jauh jugak ye. Sesampai kat umah dia, tukar baju then layan laksa Kedah. perrgghhh sedapnya Kak Chaq dia masak. Dah kenyang, kami ronda2 tepi laut sambil menghayati sunset. Thanks dik, bwk akak gi sana. Sempat la sesi bercerita sambil ngumpat skit2.. heheheh sempat lagi tu!

Lepas maghrib, sekali lagi aku susahkan dia utk hantar aku gi City Plaza. Aku ada janji ngan sorang kawan kat sana. Dia dgn bestnya nak blanje aku main boling. Sian jugak dia, penat2 drive dr penang sebab nak main boling ngan aku. Thanks laling :D Bermula la sesi menggolek bola, terasa sedikit kekok utk memulakan balingan. Step pun aku dah mcm nak lupa. Cara baling cemana ye, ish mcm mana boleh tak ingat ni?

Dalam duk tak ingat, 1st game aku cuma 144? uih kira ok la sebab dah dekat setahun tak main. Tapi, tu bukan average aku. Takpe la, main pun for fun je sambil bersembang ngan kwn aku. Dia ada jugak tanya aku tip2 nak main, ingat aku tau agaknya. Aku bgtahu la ape yg dah aku pelajari sebelum ni dr sahabat2 aku geng2 boling. Kebetulan masa tu salah sorang adik jr yg satu team boling UUM ada sekali. Boleh la tanya pendapat adik tu pasal boling. Dia siap boleh gelakkan aku nye score, ceshh mentang2 la dia hebat :Þ

Layan sampai 3 game dulu, tiba2 kawan aku sengih..apesal plk laling ni sengih2, "kita tambah lagi 2 game ye?"..aku dah rasa penat, tp "ok je, ikut la." main la lagi, jari dah rasa sakit sebab house ball tu tak berapa sesuai. Ditambah plk ngan keadaan sekeliling, "pengaruh rakan sebaya", "pengaruh alam sekitar", "tekanan emosi rakan sebaya" sume ada la masa tu. penat aku kontrol 'machi' baling bola.

Satu geng bebudak remaja yg main sebelah lane aku buat2 havoc plk. Sedikit terganggu ngan diorang, score aku 108 je. Geram jugak la, tp nak buat mcm mana, kawasan public. Bukan harta aku pun Kedah Bowl tu kalo nak marah2. Main jugak la, yg geramnya bola yg dah syok aku guna utk main pun diorang belasah jugak tu. Macam la tak boleh pi carik sendiri. Ye la, gedegang sana gedegang sini, bola pun golek ke belakang, ape kes? Sah2 la diorang tak muat bola aku guna, jari aku bukannya besar sgt kecik je. Pulun jgk nak amik bola tu baling. Last2 ke belakang baling nya. Nak gelak, kesian. Lagi pun aku dah tensen masa tu.

Balik UUM dlm kol 11.30, ronda2 keliling U bg dia hayati skit suasana yg tak pernah dia rasa lepas dia kuo dr UUM ni. Teruja ye laling? hahahahhaa baru u tahu kemajuan dlm ni ye? Siap ada traffc light tu, ronda dewan mas tgk jam besar, ronda2 kolej lama tempat kenangan ;) letih pun ilang ye, sebab seronok.

Hari ni, badan aku sakit2 lagi sebab tak stretching pun sblm main hr tu. Served u right la eda. sape suh tak regang2 dulu :D Aduh lengan dah besar sebelah ni..

Storm - Spare Aqua Sparkle(bola kesayangan aku)




Technical Specifications
Coverstock Polyester
Weight Block Traditional 3-piece core
Ball Color Aqua Sparkle
Ball Finish 3500 ­ grit Polish
Radius of Gyration 2.690 (High)
Differential Low (.010)
Durometer 84-86
Track Flare Low (1")

Increase your spare percentage (and your average) with this hard polyester from Storm. Specifically designed to go through the mid-lane and produce little backend, the Spare Storm is a must for making those pesky corner pins.

Thursday, April 14, 2005

::APA or MLA::

Dua2 nama ni, APA dan MLA merupakan satu format/style penulisan dalam kita dokumenkan sesuatu penulisan(more to editorial style). Biasanya lebih kepada penulisan tesis, dissertations, journal paper, conference paper or etc. Cara penulisan kita ni mengandungi beberapa rules atau panduan dlm memastikan keberkesanan sesuatu bahan penulisan dari segi persembahan dan penyampaian. Terdapat beberapa elemen yg dititikberatkan dalam editorial style iaitu:

  • tanda baca dan singkatan (punctuation and abbreviations)

  • penyusunan jadual (construction of tables)

  • pemilihan tajuk (selection of headings)

  • rujukan (citation of references)

  • penyampaian statistik (presentation of statistics)

  • dan lain2 yang berkaitan dengan penulisan


  • American Psychological Association (APA) has established a style that it uses in all of the books and journals that it publishes. Many others working in the social and behavioral sciences have adopted this style as their standard as well.

    Modern Language Association (MLA) style recommended by the association for preparing scholarly manuscripts and student research papers concerns itself with the mechanics of writing, such as punctuation, quotation, and documentation of sources. MLA style has been widely adopted by schools, academic departments, and instructors for nearly half a century.


    Dalam masa aku menyiapkan tesis, aku sentiasa merujuk pada APA style memandangkan kebanyakan tesis yg disediakan di UUM followed this style. Tetapi, kalau tak silap aku ia bukan satu syarat atau menjadi kewajipan untuk mengikut style ni. Ia bergantung kepada supervisor/advisor korang jugak la. Kemungkinan beliau lebih selesa untuk menggunakan MLA style. Pada aku, mana2 pun ok sebab aku sendiri pernah menggunakan kedua-dua style :D

    Disebabkan dah familiar dengan APA, aku pun merasakan style ni lagi mudah nak handle jika dibandingkan dengan MLA. Itu pendapat aku la sebab dlm APA macam senang sikit cara kita nak uruskan segala bahan rujukan yang terlibat.Ok, aku bagi sedikit contoh:

    APA Style Hiddink, G. (2001). Solving reusability problems of online learning materials. Journal of Computer-Wide Information Systems, Vol 18. No 4. 146-152.

    MLA Style[4] Hiddink, G. "Solving reusability problems of online learning materials."Journal of Computer-Wide Information Systems 18 2001: 146-152

    Pening ke? Takpe2, kat sini aku ada bg link yang cerita secara detail mengenai dua2 format ni. Selamat meng'edit' tesis or dissertations.

    APA link
    http://www.apastyle.org
    http://www.lib.usm.edu/research/guides/apa.html
    http://leo.stcloudstate.edu/research/apaintext.html

    MLA link
    http://www.mla.org/style
    http://honolulu.hawaii.edu/legacylib/mlahcc.html